MERDEKA SPLASH COLOUR RUN 2025 MERIAHKAN UPM SARAWAK DENGAN SEMANGAT PATRIOTIK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » MERDEKA SPLASH COLOUR RUN 2025 MERIAHKAN UPM SARAWAK DENGAN SEMANGAT PATRIOTIK

MERDEKA SPLASH COLOUR RUN 2025 MERIAHKAN UPM SARAWAK DENGAN SEMANGAT PATRIOTIK

BINTULU, 30 Ogos 2025 – Program MERDEKA SPLASH COLOUR RUN Telah berlangsung dengan penuh meriah serta semangat patriotic, Program Merdeka Splash Colour Run yang dianjurkan oleh Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej Sesi Akademik 2025/2026, Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPM Sarawak).
 
Program yang bermula seawal 6.00 pagi hingga 9.30 pagi ini berjaya menghimpunkan seramai 481 peserta terdiri daripada pelajar Kolej Sri Rajang (KSR) dan 20 orang peserta Mobility Inbond Jepun yang menginap di KSR.
 
Para peserta melalui laluan larian yang dipenuhi dengan percikan warna-warni serbuk, sekali gus melambangkan keceriaan, kesatuan dan semangat kemerdekaan.Program ini telah mencapai objektif utama penganjurannya untuk memupuk gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dengan pendekatan yang santai dan mesra masyarakat.
 
Program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar, staf universiti, serta peserta antarabangsa yang turut hadir.Acara ini mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh warga Kolej Sri Rajang UPM Sarawak, yang menjadikannya sebagai wadah pertemuan serta aktiviti riadah bersama.
 
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian dan terima kasih atas sumbangan dalam menjayakan program Merdeka Splash Colour Run pada tahun ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 10/09/2025 | Updated: 10/09/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (09:21:29am-09:26:29am, 13 Sep 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]