Sepanjang tempoh banjir yang melanda, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) bersama Badan Perwakilan Pelajar UPMKB & sukarelawan pelajar bekerjasama erat untuk memastikan kebajikan pelajar sewaktu musibah banjir terus terjaga. Dengan kerjasama pihak pengurusan dan pusat islam, makanan dimasak dan diagihkan kepada pelajar memandangkan kafeteria tidak dapat beroperasi. Selain itu, MPK bersama badan perwakilan pelajar yang lain turut mengagihkan bantuan makanan kering kepada pelajar yang memerlukan bagi memastikan keperluan asas mereka terus terjaga.
Bagi pelajar yang pulang bercuti, MPK dan sukarelawan membantu memindahkan barang-barang mereka ke tempat lebih selamat bagi mengelakkan kerosakan akibat banjir. Meskipun darurat melanda, bekalan makanan untuk pelajar masih lagi terkawal dan terdapat juga bantuan makanan daripada waris pelajar yang prihatin turut disalurkan kepada pelajar yang memerlukan.
Banjir bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, tetapi juga semangat kebersamaan dalam membantu sesama. Dalam kesempatan ini, pihak MPK bersama pengurusan kolej ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua badan perwakilan pelajar, sukarelawan, pihak pengurusan, serta penyumbang yang telah bersama menjayakan usaha ini.
Date of Input: 04/02/2025 |
Updated: 04/02/2025 | lanz
MEDIA SHARING