DUNIA MINI, IMPAK BESAR : MENYEMAI KESEDARAN HIJAU DI SK ST. JOHN, BETONG | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » DUNIA MINI, IMPAK BESAR : MENYEMAI KESEDARAN HIJAU DI SK ST. JOHN, BETONG

DUNIA MINI, IMPAK BESAR : MENYEMAI KESEDARAN HIJAU DI SK ST. JOHN, BETONG

BETONG: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan SK St. John, Nanga Tiga telah berjaya melaksanakan program pendidikan alam sekitar yang berjudul Dunia Mini, Impak Besar: Terrarium sebagai Pembelajaran Alam Sekitar pada 29 Julai 2024. Program ini dianjurkan dengan tujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan murid-murid prasekolah dan murid sekolah rendah.

Program ini menekankan konsep kelestarian dan kepentingan menjaga alam sekitar kepada generasi muda. Melalui aktiviti membuat terrarium, murid-murid diperkenalkan kepada asas-asas pertumbuhan tumbuhan, ekosistem kecil, dan tanggungjawab dalam menjaga tanaman. Selain itu, aktiviti ini juga membantu mengembangkan kemahiran motor dan kreativiti murid-murid.

Suasana program sangat meriah dengan penyertaan aktif daripada 20 orang cikgu, 15 orang murid prasekolah, dan 117 orang murid sekolah rendah. Program dimulakan dengan ucapan daripada PK Hem selaku Naib Pengerusi 1 untuk program ini, En. Buntoi Anak Munan, diikuti dengan ucapan daripada YDP Permuafakatan Prasekolah, En. Alexander Nyikoh Anak Buntoi, dan diakhiri dengan penerangan daripada penceramah utamadari UPMKB, LAr. Dr. Owen Yeo Thian Seng. En. Buntoi Anak Munan dan En. Alexander Nyikoh Anak Buntoi amatlah berbesar hati dengan kehadiran pihak UPMKB ke sekolah pedalaman.

Mereka juga menyampaikan hasrat untuk Selepas sesi penerangan, aktiviti amali pula dijalankan. Aktiviti amali membuat terrarium dijalankan dengan jayanya oleh 15 murid prasekolah yang dibantu oleh 13 murid sekolah rendah.

Program Dunia Mini, Impak Besar: Terrarium sebagai Pembelajaran Alam Sekitar berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan alam sekitar di kalangan Suasana program sangat meriah dengan penyertaan aktif daripada 20 orang cikgu, 15 orang murid prasekolah, dan 117 orang murid sekolah rendah.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan untuk mendidik generasi muda mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan mengamalkan gaya hidup yang lestari.

Date of Input: 20/08/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:9:21:45~noCache