BINTULU, 26, 27 Julai dan 3 Ogos, telah berlangsungnya Minggu Kolegrasi dimana ia tempoh untuk pelajar menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran universiti. Minggu kolegrasi memainkan peranan penting, kebiasaannya akan diadakan pada pertengahan tahun akademik dan melibatkan pelnagai aktiviti yang bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada aspek – aspek penting dalam kehidupan kampus.
Program ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Kolej (MPK) sesi akademik 2024/2025, iaitu mendedahkan pelajar dengan kehidupan di kolej, sistem merit dan demerit kolej, kemudahan yang ada di kolej dan lain – lain. Sesi ini memastikan pelajar memahami apa yang diharapkan daripada mereka dalam aspek akademik dan dapat merancang masa belajar dengan baik serta mengimbangkan masa mengumpul merit untuk duduki kolej.
Aktiviti dalam program Kolegrasi biasanya merangkumi sesi taklimat, lawatan kampus, dan aktiviti kelompok seperti permainan ice-breaking dan diskusi. Aktiviti ini bukan sahaja membantu pelajar mengenali kawasan kampus, tetapi juga membina hubungan sosial dengan pelajar lain,pensyarah, dan staf kolej. Ini penting untuk membina komuniti yang saling bertolak – ansur serta menanam nilai hormat – menghormati.
Program Kolegrasi ini juga menekankan pengurusan masa dan stres, mengajar pelajar teknik-teknik yang dapat membantu mereka menyesuaikan diri dengan beban akademik yang mungkin lebih tinggi berbanding sekolah sebelumnya. Sesi pengenalan bersama barisan Majlis Perwakilan Kolej sesi Akademik 24/25 juga diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti – aktiviti di koleh yang sesuai dengan minat mereka bagi mengumpul merit kolej yang mencukupi.
Secara keseluruhannya, Program Kolegrasi pelajar baru adalah langkah awal yang penting dalam memastikan pelajar dapat memulakan perjalanan akademik mereka dengan baik. Ia membantu mereka merasa lebih yakin dan kurang cemas, membentuk jaringan sosial yang penting, dan menyesuaikan diri dengan cepat. Dengan adanya Minggi Kolegrasi yang baik, pelajar lebih bersedia untuk mencapai kejayaan akademik dan membina kehidupan yang seimbang di universiti.
Date of Input: 20/08/2024 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia