LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH SK ASYAKIRIN BINTULU KE PERPUSTAKAAN UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH SK ASYAKIRIN BINTULU KE PERPUSTAKAAN UPMKB

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH SK ASYAKIRIN BINTULU KE PERPUSTAKAAN UPMKB


Bintulu, 25 Oktober 2024 – Seramai 220 orang, termasuk pelajar prasekolah, guru, dan ibu bapa dari Sekolah Kebangsaan Asyakirin, Bintulu, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Universiti Putra Malaysia Bintulu (UPMKB) baru-baru ini. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan anak-anak prasekolah kepada dunia pembacaan dan kepentingan perpustakaan.

Aktiviti dimulakan dengan sesi penerangan mengenai kemudahan perpustakaan dan jenis-jenis bahan bacaan yang ada. Para pelajar diberikan peluang untuk meneroka pelbagai kemudahan dan perkhidmatan serta ruang-ruang pembelajaran yang ada di sekitar Perpustakaan.

Antara aktiviti yang paling menarik dalam lawatan ini adalah Sesi mendengar cerita dan aktiviti permainan sukaneka yang diadakan di sekitar perpustakaan perpustakaan. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan menarik yang menguji pengetahuan mereka. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan semangat berpasukan tetapi juga mengeratkan silaturrahim antara perpustakaan dan warga sekolah.

Para guru dan ibu bapa turut melibatkan diri dalam aktiviti tersebut, memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Suasana ceria dan meriah dapat dilihat sepanjang lawatan dengan gelak tawa dan sorakan dari para pelajar.

Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Pihak Sekolah Kebangsaan Asyakirin berharap aktiviti seperti ini dapat diadakan secara berkala bagi mendorong minat membaca di kalangan pelajar prasekolah dan mencambah minat mereka untuk berkunjung ke Perpustakaan. Dengan aktiviti ini, diharapkan generasi muda dapat memahami kepentingan ilmu pengetahuan dan membudayakan amalan membaca sejak usia awal.

Date of Input: 13/01/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:2:14:14~noCache