MAJLIS PENUTUPAN PROJEK KOMUNITI APPGM-SDG (Y23-SP130 PARLIMEN 213 MUKAH SARAWAK) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » MAJLIS PENUTUPAN PROJEK KOMUNITI APPGM-SDG (Y23-SP130 PARLIMEN 213 MUKAH SARAWAK)

MAJLIS PENUTUPAN PROJEK KOMUNITI APPGM-SDG (Y23-SP130 PARLIMEN 213 MUKAH SARAWAK)

30 November 2024 (Sabtu) - Majlis Penutupan Projek Komuniti APPGM-SDG Parlimen 213 Mukah Sarawak telah berlangsung pada 30 November 2024 bagi meraikan 10 orang peserta projek yang telah berjaya mengikuti sesi kelas/kursus yang telah dianjurkan. Majlis ini disempurnakan oleh Raine Melissa Riman, Ketua, Pejabat APPGM-SDG Wilayah Sarawak, bertempat di Dewan Sidang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).

Puan Zahora Ismail, Pegawai Penyelidik Institut Ekosains Borneo UPMKB selaku Ketua Projek/Rakan Solusi berkata melalui ucapan aluannya Projek ini bukan sahaja memberi peluang kepada golongan wanita khususnya di Kampung Kuala Balingian untuk membantu dalam menyumbang pendapatan keluarga malah memberi mereka keupayaan untuk memperkasa diri dalam pelbagai aspek kehidupan.

Beliau berharap projek ini memberi manfaat yang berterusan kepada semua peserta, dan menjadi satu langkah permulaan dalam memajukan ekonomi dan kesejahteraan hidup serta memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana untuk turut sama mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi keluarga dan komuniti amnya.

Dalam ucapan perasmian penutupan, Raine Melissa Riman berharap agar banyak lagi kerjasama strategik dan projek bersama UPMKB selepas ini. Bersesuaian dengan slogan APPGM-SDG No one left behind beliau berharap agar banyak lagi projek seperti ini dapat dilakukan. Ia adalah satu komitmen pelbagai pihak dalam memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan terpinggir dan paling memerlukan, diberi perhatian dan peluang yang setara dalam mencapai kesejahteraan.

Projek komuniti ini telah dibiayai melalui Geran Komuniti daripada All-Parliamentary Group Malaysia on Sustainable Developement Goals (APPGM-SDG), sebuah pertubuhan dibawah seliaan Parlimen Malaysia.

Turur hadir semasa majlis tersebut ialah:
1. Dr. Eva Kristin Larry Sait, Pegawai Penyelidik dan Polisi Pejabat APPGM-SDG Wilayah Sarawak
2. Dr. Keeren Sundara Rajoo, Ketua Laboratori Biodiversiti, Institut Ekosains Borneo UPMKB
3. Dr. Nozieana Kamaruddin, Ketua Laboratori Etnik Borneo, Institut Ekosains Borneo UPMKB
4. Dr. Nazrin Nurarief Mardi Asmawi, Pensyarah Kanan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMKB
5. Ayahanda Hj Merjuki Hj Sahari, Penghulu Kampung Kuala Balingian Mukah Sarawak
6. Ayahanda Ismail Akop, Ketua Kaum Kampung Kuala Balingian Mukah Sarawak

Semoga kerjasama dan projek seperti ini akan berterusan dan memberikan nilai tambah serta impak yang positif kepada semua pihak, khususnya peserta.

Date of Input: 17/01/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:8:54:11~noCache