PROGRAM SOLAT DHUHA & TAZKIRAH SEMARAK FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2025 DI UPM SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » PROGRAM SOLAT DHUHA & TAZKIRAH SEMARAK FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2025 DI UPM SARAWAK

PROGRAM SOLAT DHUHA & TAZKIRAH SEMARAK FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2025 DI UPM SARAWAK

Bintulu, 18 Ogos 2025 – Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak menganjurkan Program Solat Dhuha & Tazkirah bersempena dengan Festival Kesenian Islam 2025 (Edisi Ke-3) bertempat di Dewan Solat Pusat Islam, UPM Sarawak.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi yang merupakan pembuka tirai bagi iFest2025 (Edisi Ke-3) ini diserikan dengan kehadiran Imam Muda Abe Shara yang memimpin pengisian rohani melalui bacaan Surah Yassin, solat sunat dhuha, zikir munajat, bacaan doa dhuha serta tazkirah yang memberi pencerahan jiwa dan pemantapan iman.

Menurut En. Mohammad Saufi Mohammad Ramli, Pengarah iFest2025 (Edisi Ke-3), penganjuran aktiviti ini merupakan usaha berterusan UPMS dalam memperkukuh pembangunan sahsiah, spiritual dan kesejahteraan rohani warga setempat terutamanya mahasiswa, selain memupuk nilai ukhuwah serta menghidupkan budaya ilmu dan penghayatan Islam dalam kehidupan seharian.

Menurut En. Mohamad Syukri Bin Mohamad Adnan, Pengerusi Program iFest 2025 (Edisi Ke-), program ini bukan sahaja menjadi ruang ibadah bersama, malah berperanan sebagai platform untuk menyatukan warga kampus dan masyarakat dalam suasana penuh keberkatan.

Festival Kesenian Islam (iFest) edisi ke-3 ini bermula pada 18 sehingga 23 Ogos 2025 dijangka menarik penyertaan lebih ramai pelajar serta komuniti setempat menerusi pelbagai pengisian ilmu, kesenian dan budaya islam serta pertandingan sepanjang penganjurannya kata beliau.

Semoga berharap program ini dapat memperkukuh amalan rohani warga kampus, mengukuhkan ukhuwah serta menyemarakkan budaya ilmu dalam kehidupan seharian.

Warga kampus serta masyarakat sekitar dijemput hadir memeriahkan program ini bagi sama-sama menghayati keindahan Islam, menimba manfaat rohani dan memperkukuh nilai kebersamaan.

Date of Input: 12/09/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (06:38:14am-06:43:14am, 20 Sep 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]