SESI PENERANGAN BERKENAAN PENTERNAKAN BURUNG PUYUH DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN DI SIBUTI: PPP UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » SESI PENERANGAN BERKENAAN PENTERNAKAN BURUNG PUYUH DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN DI SIBUTI: PPP UPMKB

SESI PENERANGAN BERKENAAN PENTERNAKAN BURUNG PUYUH DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN DI SIBUTI: PPP UPMKB

Seramai 20 penduduk di Daerah Sibuti mengikuti penerangan secara teori berkenaan penternakan burung puyuh di bawah aktiviti Memperkasakan Sosio-Ekonomi Komuniti Menerusi Penternakan Burung Puyuh Fasa 1 anjuran staf Pusat Pertanian Putra (PPP) dan Jabatan Sains Tanaman, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), baru-baru ini.
Para peserta terpilih dari Kampung Pejuang Kelulit, Kampung Pulau Belunu Kelulit, Kampung Sulap Lada kelulit, Kampung Pulau Untong Kelulit dan Kampung Labau Kelulit itu kebanyakannya tidak mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman serta tiada langsung gambaran berkaitan dengan penternakan burung puyuh sebelum ini.
Sungguhpun demikian, para peserta memberikan sambutan yang menggalakkan dan menunjukkan keterujaan serta minat untuk mempelajari penternakan puyuh secara menyeluruh.
Kesungguhan dan penerimaan baik para peserta terhadap projek penternakan puyuh ini telah memberi motivasi dan dorongan kepada staf PPP UPMKB untuk menjelaskan kepada komuniti mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan selama lima bulan dan memastikan agar projek ini mencapai objektif secara efektif.
Aktiviti bagi Memperkasakan Sosio-Ekonomi Komuniti Menerusi Penternakan Burung Puyuh Fasa 1 ini telah bermula pada 8 Ogos lalu. Projek ini diketuai oleh Ts Dr Carlina Freddie Simol @ Rachellynna dengan dibantu oleh Dr Latifah Omar sebagai fasilitator serta ahli-ahli yang terdiri daripada Norbaya Che Rus, Khalid Nawi, Shamsudin Hatim dan Safri Abidin.
Carlina berharap kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh para peserta dalam projek Pendayaan Komuniti@ UniMadani ini akan menjadi perintis kepada seluruh komuniti Sibuti dan akan memanfaatkan segala perkongsian kemahiran dan pengetahuan bagi memperkasakan sosioekonomi komuniti tersebut.
Beliau menutupi sesi penerangan dengan harapan agar program ini memberi manfaat dan membantu komuniti membangunkan diri dan keluarga melalui khidmat kepakaran Universiti Putra Malaysia dengan slogan Dari Gedung Ilmu Ke Lapangan.

Date of Input: 03/09/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:4:31:47~noCache