UPM KAMPUS BINTULU BERJAYA MENGANJUR PERTANDINGAN KARAOKE TERBUKA, MENONJOLKAN BAKAT NYANYIAN PESERTA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » UPM KAMPUS BINTULU BERJAYA MENGANJUR PERTANDINGAN KARAOKE TERBUKA, MENONJOLKAN BAKAT NYANYIAN PESERTA

UPM KAMPUS BINTULU BERJAYA MENGANJUR PERTANDINGAN KARAOKE TERBUKA, MENONJOLKAN BAKAT NYANYIAN PESERTA

Bintulu, 5 Nov - Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu baru-baru ini berjaya menganjurkan Karnival Muzik dan Sukan (KAMUS) Edisi Kedua. Salah satu acara yang paling dinantikan ialah Pertandingan Karaoke Terbuka, yang telah menarik ramai peserta berbakat yang gemar menyanyi untuk menampilkan kemahiran mereka, sekaligus menyajikan satu persembahan yang menarik kepada para hadirin.
Pertandingan ini telah berlangsung dengan meriah pada 2 November di Tapak Pesta Konvokesyen UPM Kampus Bintulu. Dalam kategori terbuka ini, setiap peserta menunjukkan mutu nyanyian yang tinggi sehingga memukau penonton dan juri. Selepas pertandingan sengit, para juri memilih pemenang bagi tempat Juara, Naib Juara, Tempat Ketiga serta Anugerah Khas Juri. Berikut ialah senarai pemenang:
🏆 Juara: Nur Zureyha Binti Zurhaidi, dengan lagu I Will Always Love You
🥈 Naib Juara: Simon Anak Ngadan, dengan lagu Cinta Harus Memiliki
🥉 Tempat Ketiga: Mohamad Khashidan Ibrahim, dengan lagu Sisa Rasa
🎖️ Anugerah Khas Juri: Muhammad Haziq Bin Azni, dengan lagu Ku Bersuara
Panel juri terdiri daripada individu yang berpengalaman dari UPM Kampus Bintulu dan bidang muzik. Mereka telah menilai setiap persembahan dengan adil dan profesional. Panel juri terdiri daripada:
1. Encik Mohamad Syukri Bin Mohamad Adnan
2. Encik Merazan Machang
3. Encik Jefry Ismail
UPM Kampus Bintulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan rakan kerjasama yang telah memberikan sokongan, menjayakan acara ini dengan penuh gemilang. Pertandingan Karaoke Terbuka ini bukan sahaja menjadi medan untuk peserta menyerlahkan bakat mereka, malah turut menggalakkan interaksi sesama peminat muzik, dan menyemarakkan minat serta keyakinan dalam kalangan peserta.
Penonton terpesona dengan kesungguhan dan bakat yang ditampilkan oleh para peserta. Universiti Putra Malaysia akan terus komited menyokong penganjuran aktiviti seperti ini, yang menyediakan platform bagi individu berbakat untuk menonjolkan kebolehan mereka. Kami berharap lebih ramai penyanyi berbakat akan menyertai acara ini pada masa akan datang dan mencipta kenangan indah bersama-sama.

Date of Input: 17/01/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:5:24:47~noCache