UPMKB RAIH GOLD MEDAL & SPECIAL AWARD 2ND SULAM INNOVATE SHOWCASE & SYMPOSIUM (SUISS 2024) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » UPMKB RAIH GOLD MEDAL & SPECIAL AWARD 2ND SULAM INNOVATE SHOWCASE & SYMPOSIUM (SUISS 2024)

UPMKB RAIH GOLD MEDAL & SPECIAL AWARD 2ND SULAM INNOVATE SHOWCASE & SYMPOSIUM (SUISS 2024)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pensyarah Kanan UPMKB iaitu Ts. Dr. Shiamala Devi Ramaiya dan Dr. Yasmin Yaccob sempena Pertandingan 2ND SULAM INNOVATE SHOWCASE & SYMPOSIUM (SUISS 2024) anjuran UMK pada 28-30 Jun 2024 yang telah berjaya memenangi anugerah Special Award dan juga pingat emas.

Kami amat berbangga dengan pencapaian ini dan menghargai usaha gigih pegawai akademik dalam menjayakan projek Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) di dalam kursus yang berkaitan. Kemenangan dan pengiktirafan ini adalah bukti dedikasi pegawai akademik dan pelajar dalam memberikan khidmat terbaik kepada komuniti.

SULAM adalah inisiatif yang menggabungkan pembelajaran akademik dengan perkhidmatan komuniti. Ia melibatkan pelajar dan pensyarah bekerjasama dengan orang awam, NGO, industri, dan agensi kerajaan untuk projek yang memberi manfaat kepada masyarakat. Melalui SULAM, pelajar bukan sahaja meningkatkan kemahiran akademik dan profesional mereka, tetapi juga membangunkan nilai-nilai murni seperti kepemimpinan, empati, dan tanggungjawab sosial.

Tahniah sekali lagi dan terima kasih kepada fakulti yang telah menjayakan aktiviti SULAM di program akademik masing-masing. Anda semua adalah inspirasi kepada kita semua!

Date of Input: 26/07/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:8:38:02~noCache