BINTULU: Seramai 71 murid SK Sungai Tisang menyertai Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) STI 1003 anjuran Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMS) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), baru-baru ini.
Program berkenaan bertujuan memupuk minat murid dalam bidang STEM melalui pendekatan pembelajaran interaktif serta aktiviti berasaskan amali, selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem pendidikan STEM di peringkat sekolah.
Menurut kenyataan UPMS, program STEM STI 1003 merupakan sebahagian daripada inisiatif nasional yang menggalakkan pelibatan 100 saintis tempatan bersama dengan 100 buah sekolah dalam tempoh 100 hari bagi setiap kitaran pelaksanaan, sekali gus merapatkan jurang antara komuniti saintifik dengan pelajar sekolah, khususnya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.
Pengarah program, Dr Aaliyawani Ezzerin Sinin berkata, pendekatan pembelajaran secara praktikal yang diterapkan dalam program tersebut membantu murid memahami konsep sains dengan lebih berkesan serta meningkatkan keyakinan mereka untuk meneroka bidang STEM.
Menurut kenyataan UPMS, program ini turut mencerminkan komitmen berterusan UPMS bersama-sama MOSTI dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkasa pendidikan STEM di peringkat akar umbi bagi memastikan akses pendedahan teknologi dan inovasi yang lebih seimbang dalam kalangan murid, khususnya di kawasan luar bandar.
Date of Input: 26/03/2026 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia