LADA HITAM PERTAMA SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» ARTICLE » LADA HITAM PERTAMA SARAWAK

LADA HITAM PERTAMA SARAWAK

Warga Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan bangganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Wan Asrina Wan Yahaya dan Dr. Izzah Abd Hamid @ Ghazali atas kejayaan luar biasa menerusi karya mereka “Lada Hitam Permata Sarawak” yang telah tersenarai dalam "50 Best Malaysian Titles for International Rights 2023–2025".

Buku ini merupakan hasil penulisan mantap oleh para pensyarah kanan Jabatan Sains Tanaman dan telah diiktiraf oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia – satu pencapaian berprestij dalam dunia penerbitan tanah air.
 
Lebih membanggakan, buku ini turut diberi penghormatan untuk diketengahkan dalam sesi Bicara Karya sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC pada 27 Mei 2025, serta akan mewakili Malaysia di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025.
 
Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama fakulti dan universiti, malah mencerminkan kecemerlangan penyelidikan serta dedikasi akademik dalam memartabatkan industri pertanian – khususnya dalam pembangunan lada hitam Sarawak sebagai produk warisan negara.
 
📺 Saksikan ulangan siaran langsung Bicara Karya melalui pautan berikut:
 
Mari sama-sama kita ucapkan tahniah dan mansang bersama UPMKB dalam memperkasa pertanian yang memberi impak positif kepada komuniti.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 05/06/2025 | Updated: 05/06/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:6:55:49~noCache