PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN PROJEK PADI AGRIHUB@GEDONG | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» ARTICLE » PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN PROJEK PADI AGRIHUB@GEDONG

PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN PROJEK PADI AGRIHUB@GEDONG

Kuching, 9 Jun 2026 - Satu sesi pembentangan perkembangan Projek Padi AgriHub@Gedong telah berlangsung dan dipengerusikan oleh Datuk Amar Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak. Pembentangan telah disampaikan oleh Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).
 
Sesi ini bertujuan membentangkan status semasa pelaksanaan projek, pencapaian yang telah direkodkan, cabaran yang dihadapi serta hala tuju strategik bagi memastikan Projek Padi AgriHub@Gedong terus berkembang sebagai inisiatif berimpak tinggi dalam memperkukuh sekuriti makanan, meningkatkan produktiviti sektor pertanian dan memacu pembangunan ekonomi luar bandar di Sarawak.
 
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Residen Bahagian Samarahan, YBhg. Tuan Mohamad Irwan Bin Bahari Bujang, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), YBhg. Tuan Sayed Ismail Nasiruddin bin Dato’ Sri Wan Hashim, bersama wakil daripada Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak serta pelbagai agensi dan jabatan berkaitan yang memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda pembangunan pertanian Sarawak.
 
Perbincangan yang berlangsung turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara Kerajaan Sarawak, Universiti Putra Malaysia Sarawak dan pelbagai agensi pelaksana dalam mempercepatkan transformasi sektor pertanian melalui penerapan teknologi, penyelidikan dan inovasi. Inisiatif seperti AgriHub@Gedong diyakini mampu menyumbang secara signifikan kepada agenda sekuriti makanan negeri dan negara, selaras dengan aspirasi pembangunan Sarawak yang mampan dan berdaya tahan.
 
Komitmen serta sinergi yang ditunjukkan oleh semua pihak membuktikan kesungguhan bersama untuk memastikan Projek Padi AgriHub@Gedong menjadi model pembangunan pertanian moden yang mampu meningkatkan kesejahteraan komuniti, memperkukuh rantaian bekalan makanan dan menjadikan Sarawak sebagai peneraju dalam sektor agromakanan di rantau ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 10/06/2026 | Updated: 10/06/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855207/5218
-
X, (11:54:40am-11:59:40am, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]