UPMKB PERLUAS JARINGAN GLOBAL DI GUILIN, CHINA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» ARTICLE » UPMKB PERLUAS JARINGAN GLOBAL DI GUILIN, CHINA

UPMKB PERLUAS JARINGAN GLOBAL DI GUILIN, CHINA

GUILIN, 1 Julai - Delegasi Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan, dan Sains Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menyertai perbincangan di wilayah Guilin untuk meneroka potensi kerjasama dalam program pertukaran pelajar/staf serta kerjasama dalam program pascasiswazah.
 
Lawatan yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wong Tze Jin, Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan, dan Sains UPMKB, telah memperkenalkan UPMKB sebagai destinasi hub pengajian tinggi. Menurut Dr. Wong, pendedahan ini sangat penting untuk memperkenalkan UPMKB sebagai pusat pengajian tinggi yang berprestij.
 
Antara universiti yang dilawati ialah Guilin University of Technology (GUT), Guilin University of Aerospace Technology (GUAT), dan Guilin University of Electronic Technology (GUET).
 
“Perbincangan bersama universiti-universiti ini bukan sahaja memberikan pendedahan kepada institusi pengajian tinggi di Guilin, tetapi juga membuka peluang kepada mereka untuk memahami cabaran dan peluang yang ada untuk para pelajar di sana," katanya.
 
Perbincangan juga melibatkan perancangan program-program mobiliti yang akan memudahkan pertukaran pelajar dan staf akademik antara UPMKB dan universiti-universiti di Guilin. Program-program ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman antarabangsa dan meningkatkan jaringan profesional mereka.
 
UPMKB merupakan satu-satunya universiti penyelidikan di Borneo. UPMKB berharap dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan universiti-universiti di Guilin bagi manfaat para pelajar di masa hadapan. UPMKB sentiasa menyokong usaha dalam memacu kolaborasi antara institusi pengajian tinggi antarabangsa untuk menyokong aspirasi negeri Sarawak menjadi hub pendidikan tinggi yang disegani dunia.
 
Turut serta dalam delegasi lawatan ini adalah Dr. Alvin Lim Teik Zheng dari Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan, dan Sains UPMKB, En. Muhammad Syafiq Farhan Boo Bin Omar Boo, Ketua Seksyen Mobiliti, Putra International Center (i-PUTRA), UPM.
 
Delegasi UPMKB turut dibawa melawat makmal serta infrastruktur universiti-universiti tersebut untuk melihat kemudahan penyelidikan dan pembelajaran yang ditawarkan. Lawatan ini memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pengembangan teknologi.
 
 
 

 

 

 

Date of Input: 08/08/2024 | Updated: 08/08/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:7:02:20~noCache