PROGRAM KEUSAHAWANAN PERNIAGAANTANI DI RH JUNGAN, SG. MAS, BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» BERITA » PROGRAM KEUSAHAWANAN PERNIAGAANTANI DI RH JUNGAN, SG. MAS, BINTULU

PROGRAM KEUSAHAWANAN PERNIAGAANTANI DI RH JUNGAN, SG. MAS, BINTULU

Pada 25 Julai 2026, melalui Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains telah menganjurkan Program Keusahawanan Perniagaantani di Rh Jungan, Sg. Mas, Bintulu pada 25 Julai 2026 yang diketuai oleh Dr. Anita Rosli. Program khidmat komuniti tersebut menghimpunkan 34 orang peserta daripada Rh. Jungan serta dua buah rumah panjang berhampiran, iaitu Rh. Sam dan Rh. Micheal Bilong.

Program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan komuniti dalam aspek pengurusan projek pertanian, kewangan dan pemasaran agar mereka mampu melihat pertanian daripada perspektif yang lebih luas, bukan sekadar aktiviti sara diri. Program Keusahawanan Perniagaantani di Rh Jungan ini adalah salah satu program di bawah Geran Minor Rural Project daripada Ahli Parlimen P.217 Bintulu merangkap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Yang Berhormat Dato' Seri Tiong King Sing dengan dana sebanyak RM100,000.

Dalam sesi pertama yang disampaikan oleh Dr. Anita Rosli, peserta didedahkan kepada perancangan dan penjadualan sesuatu projek pertanian sebelum ia dilaksanakan. Pada sesi kedua pula, Dr. Ismawati berkongsi tentang asa pengurusan kewangan dan pemasaran.

Program ini juga melibatkan 23 orang pelajar daripada Kelab Agribiz UPMS sebagai ahli jawatankuasa pelaksana dan fasilitator untuk aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK). Selain itu, penceramah daripada pihak AgroBank (En. Wilson Kamis Tagal) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) (Cik Nur Alyaa Rothman ) cawangan Bintulu turut dijemput untuk berkongsi maklumat tentang bantuan kewangan dalam perniagaan pertanian dan faedah koperasi kepada masyarakat.

Tarikh Input: 14/08/2026 | Kemaskini: 14/08/2026 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
W, (05:25:11pm-05:30:11pm, 14 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]