9 August 2014 (Sabtu) – Pertandingan tarian dan peragaan pakaian kebudayaan yang dinamakan Putra Cultural Night telah berjaya dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) dengan kerjasama Kelab Kebudayaan Santri D’ Wangsa Putra. Ia mendapat sambutan hangat apabila kira-kira 170 mahasiswa mengambil tempat dalam program itu.
Program yang bermula jam 8 malam itu menyaksikan para peserta perlu mempertandingkan dan mempersembahkan tarian dan memperagakan seni fesyen pakaian kebudayaan bertemakan antarabangsa dimana setiap kumpulan perlu memilih satu tema dari luar Negara. Setiap pertandingan memperuntukkan tempoh masa selama 7 hingga 10 minit .
Menurut pengarah programnya, Nor Azian Syhafrina Md Faidz, program seumpama ini dapat memberikan pengenalan baru dan kepelbagaian kepada mahasiswa dan mahasiswi di kampus tentang kebudayaan masyarakat antarabangsa. Di samping dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam bidang kesenian dan kebudayaan antarabangsa yang mengkhusus kepada seni tari dan memperagakan hasil buatan seni fesyen pakaian oleh pelajar. Menerusi program ini juga ia dapat memupuk semangat kerjasama, setiakawan dan kepimpinan di kalangan pelajar. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Shahrul Razid Sarbini wakil Dekan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia