200 PESERTA PUTRA BAKTI: ZERO BULLIES BANTERAS BULI BERSAMA KOMUNITI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» 200 PESERTA PUTRA BAKTI: ZERO BULLIES BANTERAS BULI BERSAMA KOMUNITI

200 PESERTA PUTRA BAKTI: ZERO BULLIES BANTERAS BULI BERSAMA KOMUNITI

BINTULU, 19 Oktober 2024 – Program "Putra Bakti: Zero Bullies" yang dianjurkan oleh Pelajar-pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Bakti Siswa Kumpulan 3, Semester Pertama Sesi akademik 2024/2025 UPM Kampus Bintulu, dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Asyakirin dan Kelab Penyayang UPMKB, telah berlangsung dengan meriah pada 19 dan 20 Oktober 2024.
 
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Syukri Mohamad Adnan, Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar yang mewakili Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.
 
Program selama dua hari ini Berjaya menarik seramai 200 orang peserta terdiri daripada pelajar, guru dan ibu bapa menyertai program ini, yang bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang isu buli di Sekolah. Program yang membincangkan kesan buli serta cara pencegahannya telah membuka mata peserta untuk mengetahui kaedah terbaik dalam menangani masalah buli dikalangan pelajar.
 
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuk Ceramah dari PDRM Cawangan Bintulu, Bicara Kaunselor UPMKB, Pameran dan tayangan video Pusat Koreksional Bintulu, Aktiviti bersama Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta Pertandingan mewarna dan melukis yang melibatkan kreativiti pelajar. Aktiviti-aktiviti disediakan adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada peserta untuk berinteraksi dan memperkukuh hubungan antara semua pihak.
 
Selain itu, program ini turut merangkumi aktiviti keceriaan yang melibatkan PIBG SK Asyakirin dan pihak sekolah pada hari kedua program. Aktiviti yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara ibu bapa dan tenaga pengajar untuk memastikan persekitaran pembelajaran anak-anak di sekolah ini dalam keadaan baik dan kondusif. Aktiviti ini bukan sahaja membina semangat kerjasama, tetapi juga memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan peserta.
 
“Melalui program ini, kami berharap dapat membentuk generasi yang lebih prihatin dan bertanggungjawab, serta menjadikan SK Asyakirin sebagai sekolah yang bebas dari buli,” ujar Encik Muhaimin bin Dahian,Yang Dipertua PIBG SK Asyakirin. Dengan kerjasama semua pihak, diharapkan program ini akan memberi impak positif dan memperkukuh semangat anti-buli di kalangan pelajar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Updated:: 22/10/2024 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/6:8:42:10~noCache