29 PESERTA UPMKB IKUTI PROGRAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» 29 PESERTA UPMKB IKUTI PROGRAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

29 PESERTA UPMKB IKUTI PROGRAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SERAMAI 29 peserta Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) pergi ke Brunei bagi menganjurkan program Outbound Jejak Asia : Brunei Darussalam yang merupakan program Outbound yang pertama bagi Sesi 2023/2024 Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sri Rajang. Semua peserta ditempatkan di Pusat Belia Negara Brunei dari 20 hingga 25 Jun ini.
 
Program mobiliti selama 6 hari ini turut mendapat kerjasama daripada Kelab PEMADAM Mahasiswa UPMKB, Persatuan PEMADAM Bintulu, dan juga ribuan terima kasih atas kerjasama daripada negara seberang iaitu Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL).
 
Penasihat program iaitu Puan Rosidah Binti Basir yang juga merupakan Penolong Pendaftar Kanan Kolej Sri Rajang berkata, Negara Brunei Darussalam merupakan Negara yang patut dicontohi dari segi kebersihan, adat istiadat, dan juga sikap masyarakat dalam tutur kata yang sopan, ikatan kekeluargaan yang erat dan harmoni.
 
Program Outbound ini juga melawat sebanyak 11 tempat selama 5 hari iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Kampung Lambak, Pusat Pembangunan Belia, Aftercare Support Association (AFSA), Bandarku Ceria, Pusat Sejarah Brunei, Makam Raja Ayang, Pusat Dakwah Islam, Kampung Mata-mata (Kilang Tenunan), Pusat Akademik Sukan Memanah Ar-Rafi (PASMA) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
 
Rombongan juga diraikan bersama penduduk kampung yang terdiri daripada ahli PERBEKAL untuk sesi ramah mesra bersama penduduk kampung selama tiga malam berturut-turut bagi mengukuhkan lagi ukhwah kedua-dua negara.
 
Wakil Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sri Rajang telah memberi sumbangan pokok buah-buahan yang terpilih daripada UPMKB iaitu sebanyak 6 kawasan iaitu Pusat Belia Brunei, Kampung Lambak B, Sungai Cerana Mengkubau, Kampung Mata-mata Gadong, Kampung Kuala Lurah dan Kampung Lambak Kanan. Pokok buah-buahan yang terpilih adalah Musang King, Durian, Durian Belanda dan juga Jambu Batu Putih yang berkualiti tinggi dan dihasilkan di UPMKB sendiri. Pihak Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) berharap agar hubungan yang terjalin melalui program ini akan terus berkekalan di masa hadapan antara Negara Malaysia dan Brunei Darussalam.
 
 
 

Kemaskini:: 06/01/2025 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/8:0:41:36~noCache