AIRVENTURE 2025: LIMA MAHASISWA UPM UNGGULI PROGRAM SERANTAU PEMELIHARAAN BIODIVERSITI MARIN DI INDONESIA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» AIRVENTURE 2025: LIMA MAHASISWA UPM UNGGULI PROGRAM SERANTAU PEMELIHARAAN BIODIVERSITI MARIN DI INDONESIA

AIRVENTURE 2025: LIMA MAHASISWA UPM UNGGULI PROGRAM SERANTAU PEMELIHARAAN BIODIVERSITI MARIN DI INDONESIA

Universiti Putra Malaysia (UPM) berbangga dengan penyertaan lima orang mahasiswa dalam program Airventure 2025: Protecting Marine Biodiversity, anjuran Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia dengan kerjasama ASEAN University Network (AUN). Program ini berlangsung dari 11 hingga 25 Ogos 2025 di Surabaya dan Banyuwangi, Indonesia, menghimpunkan pelajar terpilih dari rantau ASEAN serta rakan antarabangsa.
 
Delegasi UPM terdiri daripada Edham Ilhamshah Bin Amirudin, Saif Ullah Khan, Muhammad Aniq Mirza Bin Mohd Mulana, Farzana Hanani Binti Zairi, dan Muhammad Hud Aqeel Bin Abdullah. Antara mereka, Hud Aqeel merupakan wakil tunggal dari Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, manakala empat lagi mahasiswa adalah daripada kampus induk UPM, Serdang.
 
Sepanjang program, mahasiswa telah menyertai pelbagai pengisian termasuk kursus kepimpinan hijau, kuliah kesihatan alam sekitar, bengkel pemuliharaan bakau, konservasi terumbu karang, pelepasan anak penyu di Banyuwangi, serta aktiviti kebudayaan seperti lawatan bandar Surabaya, bengkel batik, sambutan Hari Kemerdekaan Rebuplik Indonesia, dan persembahan budaya.
 
Penyertaan ini memberi impak besar kepada pembangunan sahsiah mahasiswa UPM, terutamanya dalam aspek kepimpinan, jaringan antarabangsa, kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar, serta penguasaan kemahiran insaniah. Ia juga memperkukuhkan kerjasama serantau mahasiswa ASEAN, seiring dengan matlamat Sustainable Development Goal (SDG) 14: Life Below Water.
 
UPM yakin pengalaman ini akan melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, berpandangan global, serta berperanan sebagai agen perubahan dalam memperjuangkan isu kelestarian dan tanggungjawab sosial.
 
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa terlibat, khususnya wakil tunggal UPMS, atas kejayaan mengharumkan nama universiti dan negara di pentas antarabangsa.
 
 
 
 
 
 

 

 

Updated:: 09/09/2025 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (03:14:41am-03:19:41am, 13 Sep 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]