Bintulu, 21 Jun – Program Hooper 3 On 3 Tournament 2026 telah berjaya dianjurkan selama dua hari, iaitu pada 20 Jun 2026 hingga 21 Jun 2026, di Stadium Bola Keranjang Taman Desa Damai, Bintulu, hasil usaha dan komitmen para pelajar Kursus QKS2115 Bola Keranjang (Kumpulan 101), Semester Kedua Sesi Akademik 2025/2026, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).
Kejohanan ini telah menghimpunkan para peserta yang berbakat dalam sukan bola keranjang serta menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa dan komuniti setempat. Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan prestasi yang cemerlang, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang luar biasa.
Majlis penutup kejohanan menyaksikan penyampaian hadiah kepada lima kategori pemenang iaitu:

Johan – Pasukan Shaa

Naib Johan – Pasukan Lei Ting Fa Loa

Tempat Ketiga – Pasukan King Nasir

Tempat Keempat – Pasukan Wank

Pemain Terbaik (MVP) – Liaw Zi Jun (Pasukan Shaa)
Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kelab Sukan dan Rekreasi Taman Desa Damai Bintulu atas kerjasama, sokongan serta penyediaan fasiliti yang telah membantu melancarkan perjalanan program ini. Penghargaan turut diberikan kepada semua peserta, urus setia, sukarelawan, penaja dan para penyokong yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan ini.
Kejayaan penganjuran Hooper 3 On 3 Tournament 2026 membuktikan bahawa kerjasama antara institusi pendidikan dan komuniti setempat mampu menghasilkan program sukan yang berkualiti serta memberi impak positif kepada pembangunan bakat dan semangat kesukanan dalam kalangan generasi muda.
Updated:: 25/06/2026 [lanz]
MEDIA SHARING