KEJOHANAN PERTANDINGAN MEMANAH KAMUS 2024 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» KEJOHANAN PERTANDINGAN MEMANAH KAMUS 2024

KEJOHANAN PERTANDINGAN MEMANAH KAMUS 2024

BINTULU: UPMKB telah menganjurkan Pertandingan Memanah KAMUS 2024 Edisi-2 pada 1 hingga 3 November 2024. Pertandingan memanah ini dianjurkan oleh Kokurikulum Berkredit QKS2108 Memanah Kumpulan 1 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan bekerjasama Persatuan Memanah Tradisional Bahagian Bintulu yang telah berlangsung dengan meriah pada 1 – 3 November 2024 di padang memanah UPMKB.
 
Sebanyak 8 kategori telah dipertandingkan dan mendapat sambutan seramai 187 peserta dari dalam mahupun luar Bintulu serta mendapat sambutan peserta dari Universiti Islam Sultan Sharid Ali, Brunei Darussalam. Senarai Pemenang mengikut kategori:
 
Kategori Recurve Lelaki Sekolah Rendah:
Johan : Mohammad Izzudin Bin Iskandar
N. Johan : Clement lau Li Ze
Ketiga : Jayden Chai Li Ze
 
Kategori Recurve Wanita Sekolah Rendah:
Johan : Crystal Wong Cai Lin
N. Johan : Fatin Nurqaleysa Amani Binti Fakhruldin
Ketiga : Amanda Nur Binti Haizal Sayuzi
 
Kategori Recurve Lelaki Sekolah Menengah:
Johan : Louis Wong Li Hon
N. Johan : Felix Ng Yu Jet
Ketiga : Enoch Ting Kee Heng
 
Kategori Recurve Wanita Sekolah Menengah:
Johan : Konny Wong Su Yee
N. Johan : Illyka Qistina Aqill Binti Haslmi
Ketiga : Nurul Ain Nasuha Binti Iskandar
 
Kategori Recurve Lelaki Terbuka:
Johan : Felix Ng Yu Jet
N. Johan : Jerry Chiong Sie Li
Ketiga : Ting Kee Heng
 
Kategori Recurve Wanita Terbuka:
Johan : Illyka Qistina Aqill Binti Haslmi
N. Johan : Sabrina Chin Ryu Sin
Ketiga : Nurul Ain Nasuha Binti Iskandar
 
Kategori Tradisional Lelaki Terbuka:
Johan : Roslan Bin Zaini
N. Johan : Mohammad Edrudze
Ketiga : Abdul Aziz Sahren
 
Kategori Tradisional Wanita Terbuka:
Johan : Siti Lubna Dahlan
N. Johan : Jureena Karang
Ketiga : Syahmina Zafirah Zainal
 
Juara dan naib juara bagi setiap kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300.00 dan RM200.00 beserta pingat. Tempat ketiga pula menerima RM150.00 bersama pingat.
 
Menurut penyelaras program En. Mohd Saufi Mohd Ramli, pertandingan memanah berbentuk statik ini adalah buat julung kalinya diadakan di UPMKB secara besar-besaran dengan kepelbagaian kategori.
 
Program sebagini dapat menonjolkan bakat baru dalam kalangan belia khasnya pelajar sekolah dan mahasiswa universiti sekaligus menerapkan kemahiran insaniah. "Kami berharap kejohanan ini dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara peserta dari pelbagai latar belakang dan meningkatkan kualiti permainan dalam sukan memanah," kata beliau.
 
 
 
 

Updated:: 06/01/2025 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:14:47:32~noCache