KURSUS ASAS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR SECARA AKUAKULTUR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK 127
» KURSUS ASAS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR SECARA AKUAKULTUR

KURSUS ASAS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR SECARA AKUAKULTUR

KURSUS ASAS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR SECARA AKUAKULTUR

TEROKAI POTENSI INDUSTRI AKUAKULTUR AIR TAWAR!
Industri akuakultur air tawar merupakan antara sektor agro makanan yang mempunyai potensi pasaran dan peluang penjanaan pendapatan yang tinggi. Permintaan terhadap ikan air tawar seperti tilapia, keli, patin, jelawat dan baung terus membuka ruang kepada individu yang berminat untuk menceburi bidang penternakan ikan secara komersial.

Sehubungan itu, Pusat Pertanian Putra, UPMS menganjurkan KURSUS ASAS PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR SECARA AKUAKULTUR bagi memberikan pendedahan ilmu, kemahiran dan panduan praktikal kepada individu yang ingin memulakan atau mengembangkan aktiviti akuakultur.

APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?
Peserta akan didedahkan kepada aspek penting dalam pengurusan akuakultur, merangkumi:
• Perancangan dan keperluan asas penternakan ikan air tawar
• Penyediaan dan pengurusan kolam
• Pemilihan serta pengurusan benih ikan
• Pengurusan makanan dan pemberian makanan yang berkesan
• Pengurusan kualiti air
• Pengurusan kesihatan dan penyakit ikan
• Pengurusan serta penyelenggaraan harian
• Penyelesaian masalah yang lazim dihadapi oleh penternak

SIAPA YANG SESUAI MENYERTAI?
Kursus ini terbuka kepada:
Belia | Agropreneur Muda | Penternak | Usahawan | Bakal Usahawan Akuakultur | Komuniti Setempat | Individu yang berminat dalam bidang akuakultur

BINA ILMU, KUASAI KEMAHIRAN, CIPTA PELUANG!
Jadikan kursus ini sebagai langkah pertama untuk memahami asas pengurusan akuakultur secara sistematik dan membina potensi perniagaan ikan air tawar yang berdaya maju, produktif dan mampan.
Daftar sekarang dan mulakan langkah anda dalam industri akuakultur!

PAUTAN PENDAFTARAN:
Sila klik disini untuk mengisi borang penyertaan secara online https://forms.gle/iNvNqphrhCyn47E29

TARIKH:
19 September 2026 (Sabtu)

MASA:
8.00 pagi - 5.00 petang

TEMPAT:
UPM SARAWAK (BINTULU)

PENCERAMAH:
Prof. Madya Dr. Amy Halimah Binti Rajaee

FASILITATOR:
En. Ayum Balai dan En. Raymond Lau

YURAN KURSUS:

  • RM180.00 (Peserta luar)
  • RM150.00 (Staf Tetap, Ahli Keluarga Staf Tetap dan Pelajar UPM yang masih aktif)
  • Pembayaran yuran hendaklah dibuat secara online transfer/ CDM ke Akaun CIMB: 8005 232 086 (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU).
  • Emelkan resit pembayaran tuan/ puan ke josephinejawai@upm.edu.my atau hantar melalui aplikasi WhatsApp ke nombor 011-2563 4022 (Putra Mart, UPMS) / 013-7073252 (Cik Josephine). Pastikan peserta memaklumkan nama masing-masing semasa menghantar bukti pembayaran.

TARIKH TUTUP:
7 September 2026 (Isnin)

PERTANYAAN
Pegawai Seranta:

  • Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna: 019 - 834 0886
  • Encik Ayum Balai: 019 - 855 1378
  • Cik Josephine Jawai Makos: 013 - 707 3252
  • Putra Mart, UPMS: 011 - 2563 4022
    > Tel. Pejabat: 086 - 855667
    > No. Fax Pejabat: 086 - 855283


NOTA:

1. Penganjuran kursus akan DIBATALKAN sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada tarikh tutup 7 September 2026 (Isnin). Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.
2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 7 September 2026 (Isnin).
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.

ANJURAN:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Sarawak

Updated:: 26/08/2026 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (09:58:49am-10:03:49am, 30 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]