
KURSUS PENGURUSAN TEKNIKAL PENTERNAKAN KAMBING
Peserta kursus akan mempelajari keperluan umum serta pengurusan ternakan kambing di samping didedahkan dengan potensi bidang penternakan kambing. Survival projek penternakan kambing adalah bergantung kepada keupayaan untuk menyediakan makanan ternakan yang cukup kandungan nutriennya dan murah daripada sudut kos pengurusan. Kitaran pengurusan ternakan bermula dengan kelahiran, pembesaran, biakbaka seterusnya kebuntingan akan dihuraikan.
Tarikh:
26 September 2026 (Sabtu)
Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:
Pusat Pertanian Putra, Universiti Putra Malaysia Sarawak (Teori & Praktikal)
Yuran Penyertaan:
RM180.00 (Peserta luar)
RM150.00 (Staf Tetap, Ahli Keluarga Staf Tetap* dan Pelajar UPM yang masih aktif)
Pembayaran yuran hendaklah dibuat secara online transfer/ CDM ke Akaun CIMB: 8005 232 086 (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU). Emelkan resit pembayaran tuan/ puan ke josephinejawai@upm.edu.my atau hantar melalui aplikasi WhatsApp ke nombor 011-2563 4022 (Putra Mart, UPMS) / 013-7073252 (Cik Josephine). Pastikan peserta memaklumkan nama masing-masing semasa menghantar bukti pembayaran.
Pautan Pendaftaran:
Tarikh Tutup:
11 September 2026 (Jumaat)
Pertanyaan:
Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna: 019 - 834 0886
Dr. Zaidi Bin Suif: 013-840 0851
Cik. Josephine Jawai Makos: 013 - 707 3252
Putra Mart, UPMS: 011 - 2563 4022
Tel. Pejabat: 086 – 855667
No. Fax Pejabat: 086 - 855283
Nota:
- Penganjuran kursus akan dibatalkan sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada tarikh tutup 11 September 2026 (Jumaat). Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.
- Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 11 September 2026 (Jumaat).
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.
Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Sarawak
Updated:: 18/08/2026 [lanz]
MEDIA SHARING