Agricultural Technology Transfer Course 2025 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» EXTENSION » Technology Transfer » Agricultural Technology Transfer Course 2025

Agricultural Technology Transfer Course 2025

PENGENALAN

Pusat Pertanian Putra UPMKB akan meneruskan usaha penganjuran Kursus Pemindahan Teknologi Pertanian sepanjang Tahun 2025 agar dapat dikembangkan kepada komuniti setempat khasnya dan masyarakat umum amnya selaras dengan keperluan peningkatan ilmu untuk memperkasakan bidang pertanian sebagai salah satu inisiatif dalam menghadapi isu krisis sekuriti makanan negara.

Inisiatif ini adalah selari dengan Jenama PUTRA – “Pertanian untuk Rakyat” dan moto UPM “Berilmu Berbakti”.

Diharapkan masyarakat setempat khasnya dan individu yang berminat amnya tidak ketinggalan untuk mengikuti kursus pertanian anjuran PPP UPMKB yang akan menyusul selepas ini seperti terdapat di dalam ebook yang boleh dilayari di laman web: https://btu.upm.edu.my/ dengan bayaran yang minimum supaya bidang kepakaran yang dimiliki oleh pegawai akademik dan pegawai bukan akademik UPMKB dapat diserlahkan dan dimanfaatkan sewajarnya.

Semoga penganjuran kursus ini dapat memberikan manfaat kepada semua!

Muat Turun e-Book Kursus Pemindahan Teknologi Pertanian Tahun 2025 >>> Klik DISINI

 

Sila hubungi jika ada sebarang pertanyaan:

PPP@UPMKB
Pusat Pertanian Putra
Universiti Putra Malaysia  Kampus Bintulu Sarawak
Jalan Nyabau, Peti Surat 396,
97008 Bintulu, Sarawak
No. Tel: 086-855667 (Pejabat)
No. Fax: 086-855283 (Faks)

Updated:: 12/06/2025 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:7:07:04~noCache