BINTULU: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menganjurkan Program International Putra Bakti YLE–KUUB @ Youth Digital 2.0: AI4Youth–Future Leaders Training Series 2026.
Menurut kenyataan media TEGAS, seramai 247 peserta menyertai program secara hibrid di TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu di sini bermula semalam hingga hari ini.
Peserta melibatkan pelajar dan belia dari UPM Sarawak, UPM Serdang, ADTEC Bintulu, UiTM Sarawak, UiTM Sabah, UNiKL, TVVET Bintulu, MRSM Bintulu serta universiti dari Indonesia dan Brunei.
Program bertemakan Empower, Innovate, Lead memberi tumpuan kepada pembangunan bakat belia melalui literasi digital, asas kecerdasan buatan (AI), pemikiran keusahawanan serta kemahiran komunikasi dan pemikiran kritikal.
“Inisiatif ini selari dengan mandat TEGAS dalam memperkasa pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja yang semakin mencabar serta memacu ekonomi digital Sarawak,” menurut TEGAS.
Sorotan utama program adalah latihan kepimpinan berimpak tinggi berteraskan penyelesaian masalah sebenar, pendedahan praktikal asas AI dan teknologi pintar.
Selain itu, pengukuhan literasi digital dan penggunaan teknologi secara beretika, pembangunan minda keusahawanan digital, bengkel komunikasi berkesan dan pemikiran kritikal serta platform jaringan belia serantau melalui pendekatan hibrid.
Updated:: 09/04/2026 [lanz]

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia