A0 Pelekat Kenderaan Staf
- Dikeluarkan untuk staf tetap, kontrak, sementara dan sambilan universiti.
- Semua permohonan adalah secara atas talian melalui laman sesawang >>> Putra ASIS.
B) Pelekat Kenderaan Agensi Luar
- Dikeluarkan kepada mana-mana individu (bukan staf atau pelajar UPM) yang kerap berurusan di dalam kawasan kampus samada dengan tujuan bertugas atau menginap (sebagai contoh vendor/kontraktor dan lain-lain).
- Pemohon dikehendaki mengisi >>> Borang Pelekat Kenderaan Agensi Luar dengan dikehendaki mendapatkan pengesahan daripada Ketua Jabatan atau Pengurus yang bertanggungjawab dan membawa bersama-sama Kad Kakitangan (syarikat yang berkaitan).
C) Pelekat Kenderaan Pelajar
- Dikeluarkan bagi tujuan pendaftaran kepada kenderaan-kenderaan yang digunakan oleh para pelajar di dalam kampus.
- Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Pelekat Kenderaan Pelajar melalui laman sesawang >>> Putra ASIS
- Syarat Permohonan:
PELEKAT KENDERAAN - KERETA
i) Pelajar Program Master dan Phd ; atau
ii) Pelajar tahun akhir (Perlu sertakan salinan daftar subjek) ; atau
iii) Pelajar bukan tahun akhir tetapi membuat latihan amali/projek. (Perlu sertakan surat pengesahan daripada penyelia dan dimajukan kepada Pengarah Keselamatan untuk mendapatkan kelulusan) ; atau
iv) Pelajar Luar Kampus ; atau
v) Pelajar yang memegang jawatan dalam Majlis perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM). (Perlu menghantar senarai nama MPP dan MTM setiap kolej kepada Pengarah Keselamatan).
PELEKAT KENDERAAN - MOTOSIKAL
i) Pelajar Program Master dan Phd ; atau
ii) Pelajar Program Diploma dan Bacelor (tahun dua dan ke atas sahaja)
D) Pelekat Kenderan Khas (Orang Kurang Upaya)
- Dikeluarkan untuk pengguna-pengguna kenderaan dalam kampus yang mempunyai masalah kesihatan atau dikategorikan sebagai orang kurang Upaya
- Pemohon dikehendaki mengisi borang Permohonan Pelekat Kenderaan Khas (Orang Kurang Upaya) secara atas talian di >>> Putra ASIS.
E) Kad Staf
- Dikeluarkan untuk pengguna-pengguna kenderaan dalam kampus yang mempunyai masalah kesihatan atau dikategorikan sebagai orang kurang Upaya
- Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Kad Staf dan melampirkan bersama-sama:
i) Salinan surat tawaran.
ii) Gambar ukuran pasport latarbelakang MERAH (1 keping).
F) Kad Pelajar
- Dikeluarkan untuk pelajar-pelajar UPM
- Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Kad Pelajar dan melampirkan bersama-sama:
i) Salinan surat tawaran pengajian.
ii) Gambar ukuran pasport latarbelakang BIRU (1 keping).
G) Kad Kampus
- Dikeluarkan untuk pekerja-pekerja sambilan universiti dan Pembantu Penyelidik (R.A) yang dilantik oleh UPM dalam tempoh 6 bulan ke atas.
- Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Kad Kampus dan membuat pembayaran sebanyak RM 5.00 secara ONLINE ke Akaun UPM/melalui aplikasi Sarawak Pay UPMKB serta melampirkan bersama-sama:
i) Salinan surat tawaran.
ii) Gambar ukuran pasport latarbelakang HIJAU (1 keping).
iii) Resit Pembayaran.
H) Pas Pekerja
- Dikeluarkan kepada pekerja-pekerja syarikat (luar) yang berkhidmat di dalam kampus UPM.
- Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pas Pekerja dan sertakan satu (1) keping gambar berukuran passport dan:
i) salinan kad pengenalan (warganegara)
ii) salinan passport yang masih sah tempohnya (bukan warganegara Malaysia)
- Pemohon dikehendaki membuat pembayaran sebanyak RM5.00 secara ONLINE ke Akaun UPM/melalui aplikasi Sarawak Pay UPM dan melampirkan resit pembayaran.
I) Papan Tanda Petunjuk Arah
- Menyediakan perkhidmatan papan tanda penunjuk arah untuk aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam kampus UPM
- Staf dan pelajar UPM boleh membuat permohonan dengan mengisi lengkap Borang Permohonan Papan Tanda dan dikemukan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh aktiviti bermula.
- Sekiranya aktiviti melibatkan pelajar, borang permohonan tersebut hendaklah bersama-sama surat kelulusan aktiviti pelajar dari Pejabat Pengurusan Pelajar (PPL) sebagai pengesahan.
J) Pengiringan Kenderaan
- Menawarkan khidmat pengiringan kenderaan kepada tetamu jemputan (VIP) UPM yang menghadiri sesuatu aktiviti atau program yang diadakan dalam kampus UPM
- Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pengiringan dan dikemukan ke APSeC tiga (3) hari sebelum aktiviti dijalankan.
K) Peminjaman Peralatan
- Perkhidmatan peminjaman barang dan peralatan.
- Tempoh Permohonan adalah tiga (3) hari sebelum aktiviti dilaksanakan.
- Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pinjaman Borang Dan Peralatan APSeC.
L) Notis Kesalahan Lalulintas
- APSeC merupakan badan penguatkuasa peraturan lalulintas dalam kampus UPM [Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2005 > Bahagian IV > Tatatertib Lalulintas Jalan]
- Jika menerima Notis Kesalahan Lalulintas, sila hadir ke Kaunter APSeC UPMKB untuk membuat pembayaran (Akaun UPMKB/Sarawak Pay/Kaunter Kewangan) dan semakan saman boleh dibuat melalui >>> Sistem e - SAMAN UPMKB
Updated:: 24/06/2024 [lanz]
MEDIA SHARING