Perkhidmatan | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» KEMUDAHAN » Pusat Polis Bantuan Dan Keselamatan Universiti (APSeC) » Perkhidmatan

Perkhidmatan

A0 Pelekat Kenderaan Staf

  1. Dikeluarkan untuk staf tetap, kontrak, sementara dan sambilan universiti.
  2. Semua permohonan adalah secara atas talian melalui laman sesawang >>> Putra ASIS.

B) Pelekat Kenderaan Agensi Luar

  1. Dikeluarkan kepada mana-mana individu (bukan staf atau pelajar UPM) yang kerap berurusan di dalam kawasan kampus samada dengan tujuan bertugas atau menginap (sebagai contoh vendor/kontraktor dan lain-lain).
  2. Pemohon dikehendaki mengisi >>> Borang Pelekat Kenderaan Agensi Luar dengan dikehendaki mendapatkan pengesahan daripada Ketua Jabatan atau Pengurus yang bertanggungjawab dan membawa bersama-sama Kad Kakitangan (syarikat yang berkaitan).

C) Pelekat Kenderaan Pelajar

  1. Dikeluarkan bagi tujuan pendaftaran kepada kenderaan-kenderaan yang digunakan oleh para pelajar di dalam kampus.
  2. Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Pelekat Kenderaan Pelajar melalui laman sesawang >>> Putra ASIS
  3. Syarat Permohonan:

    PELEKAT KENDERAAN - KERETA

    i) Pelajar Program Master dan Phd ; atau
    ii) Pelajar tahun akhir (Perlu sertakan salinan daftar subjek) ; atau
    iii) Pelajar bukan tahun akhir tetapi membuat latihan amali/projek. (Perlu sertakan surat pengesahan daripada penyelia dan dimajukan kepada Pengarah Keselamatan untuk mendapatkan kelulusan) ; atau
    iv) Pelajar Luar Kampus ; atau
    v) Pelajar yang memegang jawatan dalam Majlis perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM). (Perlu menghantar senarai nama MPP dan MTM setiap kolej kepada Pengarah Keselamatan).

    PELEKAT KENDERAAN - MOTOSIKAL
    i) Pelajar Program Master dan Phd ; atau
    ii) Pelajar Program Diploma dan Bacelor (tahun dua dan ke atas sahaja)

 D) Pelekat Kenderan Khas (Orang Kurang Upaya)

  1. Dikeluarkan untuk pengguna-pengguna kenderaan dalam kampus yang mempunyai masalah kesihatan atau dikategorikan sebagai orang kurang Upaya
  2. Pemohon dikehendaki mengisi borang Permohonan Pelekat Kenderaan Khas (Orang Kurang Upaya) secara atas talian di >>> Putra ASIS.

E) Kad Staf

  1. Dikeluarkan untuk pengguna-pengguna kenderaan dalam kampus yang mempunyai masalah kesihatan atau dikategorikan sebagai orang kurang Upaya
  2. Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Kad Staf dan melampirkan bersama-sama:
    i) Salinan surat tawaran.
    ii) Gambar ukuran pasport latarbelakang MERAH (1 keping).

F) Kad Pelajar

  1. Dikeluarkan untuk pelajar-pelajar UPM
  2. Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Kad Pelajar dan melampirkan bersama-sama:
    i) Salinan surat tawaran pengajian.
    ii) Gambar ukuran pasport latarbelakang BIRU (1 keping).

G) Kad Kampus

  1. Dikeluarkan untuk pekerja-pekerja sambilan universiti dan Pembantu Penyelidik (R.A) yang dilantik oleh UPM dalam tempoh 6 bulan ke atas.
  2. Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Kad Kampus dan membuat pembayaran sebanyak RM 5.00 secara ONLINE ke Akaun UPM/melalui aplikasi Sarawak Pay UPMKB serta melampirkan bersama-sama:
    i) Salinan surat tawaran.
    ii) Gambar ukuran pasport latarbelakang HIJAU (1 keping).
    iii) Resit Pembayaran.

H) Pas Pekerja

  1. Dikeluarkan kepada pekerja-pekerja syarikat (luar) yang berkhidmat di dalam kampus UPM.
  2. Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan  Pas Pekerja dan sertakan satu (1) keping gambar berukuran passport dan:
    i) salinan kad pengenalan (warganegara)
    ii) salinan passport yang masih sah tempohnya (bukan warganegara Malaysia)
  3. Pemohon dikehendaki membuat pembayaran sebanyak RM5.00 secara ONLINE ke Akaun UPM/melalui aplikasi Sarawak Pay UPM dan melampirkan resit pembayaran.

I) Papan Tanda Petunjuk Arah

  1. Menyediakan perkhidmatan papan tanda penunjuk arah untuk aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam kampus UPM
  2. Staf dan pelajar UPM boleh membuat permohonan dengan mengisi lengkap Borang Permohonan Papan Tanda dan dikemukan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh aktiviti bermula.
  3. Sekiranya aktiviti melibatkan pelajar, borang permohonan tersebut hendaklah bersama-sama surat kelulusan aktiviti pelajar dari Pejabat Pengurusan Pelajar (PPL) sebagai pengesahan.

J) Pengiringan Kenderaan

  1. Menawarkan khidmat pengiringan kenderaan kepada tetamu jemputan (VIP) UPM yang menghadiri sesuatu aktiviti atau program yang diadakan dalam kampus UPM
  2. Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pengiringan dan dikemukan ke APSeC tiga (3) hari sebelum aktiviti dijalankan.

K) Peminjaman Peralatan

  1. Perkhidmatan peminjaman barang dan peralatan.
  2. Tempoh Permohonan adalah tiga (3) hari sebelum aktiviti dilaksanakan.
  3. Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pinjaman Borang Dan Peralatan APSeC.

L) Notis Kesalahan Lalulintas

  1. APSeC merupakan badan penguatkuasa peraturan lalulintas dalam kampus UPM [Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2005 > Bahagian IV > Tatatertib Lalulintas Jalan]
  2. Jika menerima Notis Kesalahan Lalulintas, sila hadir ke Kaunter APSeC UPMKB untuk membuat pembayaran (Akaun UPMKB/Sarawak Pay/Kaunter Kewangan) dan semakan saman boleh dibuat melalui >>>  Sistem e - SAMAN UPMKB

Kemaskini:: 24/06/2024 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (07:34:28am-07:39:28am, 21 Sep 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]