ALUMNI UPMKB BERKONGSI INSPIRASI DUNIA PERTANIAN SECARA MAYA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » ALUMNI UPMKB BERKONGSI INSPIRASI DUNIA PERTANIAN SECARA MAYA

ALUMNI UPMKB BERKONGSI INSPIRASI DUNIA PERTANIAN SECARA MAYA

Program Alumni Giving Back Series 1: Seronoknya Dunia Pertanian anjuran Sekretariat Alumni dan Kerjaya Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah berjaya menarik penyertaan seramai 400 pelajar menerusi platform dalam talian.
 
Program yang berlangsung bermatlamat mengukuhkan hubungan antara alumni dan pelajar selain menjadi platform untuk memahami cabaran dan peluang kerjaya dalam sektor pertanian. “Kami ingin mencipta ruang bagi alumni untuk berkongsi pengalaman dan memberi panduan kepada pelajar tentang realiti dunia pekerjaan,” kata Adi Mahathir Bin Mahadi, Pengarah Program.
 
Ceramah yang disampaikan oleh Andika Rahmat Kandondoig, Alumni Bacelor Sains Bioindustri dan Penyelia Ladang Kundasang Aquafarm, memberi pendedahan tentang trend semasa dalam industri pertanian serta motivasi menjadi usahawan yang berpotensi menjana pendapatan. Beliau turut berkongsi teknik inovatif seperti penggunaan teknologi aquaponik dan hidroponik yang semakin popular dalam sektor ini. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada kepentingan pertanian mampan dalam memastikan keseimbangan ekologi.
 
Sesi soal jawab interaktif yang diadakan selepas ceramah membolehkan pelajar mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan cabaran operasi ladang komersial dan bagaimana alumni mengatasi kekangan tersebut. Perbincangan juga menyentuh potensi kerjasama antara alumni dan pelajar dalam projek komuniti untuk mengembangkan lagi sektor pertanian di Malaysia.
 
Program ini mampu menjadikan UPMKB terus komited membentuk graduan yang kompeten dan bersedia menghadapi cabaran masa depan dalam sektor pertanian yang semakin berkembang pesat.
 
 

 

Date of Input: 20/12/2024 | Updated: 20/12/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/5:4:53:18~noCache