BENGKEL LATIHAN PENGISIAN SISTEM PUTRAOBE 2.0 SIRI 6 DI FKPS, UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » BENGKEL LATIHAN PENGISIAN SISTEM PUTRAOBE 2.0 SIRI 6 DI FKPS, UPMKB

BENGKEL LATIHAN PENGISIAN SISTEM PUTRAOBE 2.0 SIRI 6 DI FKPS, UPMKB

Bintulu, 11 Februari - Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains telah menjadi tuan rumah bagi Bengkel Latihan Pengisian Sistem PutraOBE 2.0 Siri 6 yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) UPM serta Bahagian Kemasukan dan Urus Tadbir Akademik UPM.

Bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE) dengan menyediakan pendekatan yang sistematik dalam merangka pelan penilaian yang berkesan bagi mengukur hasil pembelajaran. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengaplikasikan strategi pengajaran berasaskan OBE melalui penggunaan sistem e-SMP dan PutraOBE.

Bengkel ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Amir Affan Abdul Azim, Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM. Dalam sesi ini, para pegawai akademik menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Sistem PutraOBE 2.0 serta meningkatkan kefahaman dan kompetensi mereka dalam pelaksanaan OBE. Dengan inisiatif ini, diharapkan lebih ramai pakar rujuk OBE dapat dilahirkan di peringkat fakulti.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Amir Affan Abdul Azim serta dua wakil daripada Bahagian Urus Tadbir Akademik, iaitu Pn. Besek Intan Zafina Basok dan Pn. Noor Khalidah Mohamed Daud, atas sumbangan mereka dalam menjayakan bengkel ini.

 

 

 

Date of Input: 14/02/2025 | Updated: 14/02/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:18:10:06~noCache