CEMERLANG AKADEMIK, UNGGUL KEPIMPINAN: RUSSELL TANG BUKTIKAN KEJAYAAN BERMULA DI UPMS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » CEMERLANG AKADEMIK, UNGGUL KEPIMPINAN: RUSSELL TANG BUKTIKAN KEJAYAAN BERMULA DI UPMS

CEMERLANG AKADEMIK, UNGGUL KEPIMPINAN: RUSSELL TANG BUKTIKAN KEJAYAAN BERMULA DI UPMS

Russell Tang Hsien Rhon, penerima Hadiah Yvonne Sing Sai Hoi (Graduan Diploma Terbaik) Majlis Konvokesyen UPM ke-49 Sidang 1, menyifatkan pengalaman menuntut di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) sebagai perjalanan yang membentuk jati diri dan keperibadiannya. Graduan Diploma Sains Komputer dari Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS) itu berkata pengiktirafan diterimanya merupakan hasil ketekunan serta pengorbanan sepanjang pengajian di kampus Bintulu.
 
Selain cemerlang dalam akademik, Russell turut aktif dalam bidang kokurikulum apabila pernah menjuarai Sarawak State Championship bagi sukan Taekwondo dan memimpin pelbagai program mobiliti serta komuniti. Katanya, pengalaman di UPMS bukan sekadar menimba ilmu di bilik kuliah, tetapi turut membina disiplin, kepimpinan dan kekuatan diri, di samping memberi pendedahan terhadap kepentingan pertanian dalam pembangunan negara berasaskan teknologi digital.
 
Berasal dari Ipoh, Perak, Russell kini melanjutkan pengajian di peringkat Bacelor Sains Komputer di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UPM Serdang. Beliau turut aktif sebagai Majlis Perwakilan Fakulti (MPF) dan Fasilitator Minggu Perkasa Putra (MPP), meneruskan semangat kepimpinan yang diasah sejak di UPMS dan menjadikan pengalaman itu sebagai landasan untuk terus menyumbang kepada universiti dan masyarakat.
 
 
 
 

 

Date of Input: 11/11/2025 | Updated: 11/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (08:10:21am-08:15:21am, 22 Nov 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]