Sesi Perkongsian Industri bertajuk “Perhutanan Mampan: Perkongsian Kerjaya, Amalan Terbaik dan Pensijilan dalam Hutan Ladang” telah berlangsung pada 15 Mei 2025 di Jabatan Sains Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.
Sesi ini menampilkan En. Zakaria bin Hamzah, Pengarah dan Ketua Projek Perhutanan Tulen International Sdn. Bhd. sebagai penceramah jemputan. Seramai 25 pelajar Bacelor Sains Perhutanan yang mengikuti kursus Pengurusan Hutan Ladang di bawah bimbingan Puan Jane Abi telah menyertai sesi ini.
Program ini memberi pendedahan tentang realiti kerjaya dalam pengurusan hutan ladang, termasuk amalan terbaik dan proses pensijilan yang relevan dalam industri. Pelajar turut berpeluang bertanya soalan serta mendapatkan pandangan langsung daripada tokoh industri.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini!
Date of Input: 16/05/2025 |
Updated: 16/05/2025 | lanz
MEDIA SHARING