Bintulu - 6 Ogos 2026, Institut Ekosains Borneo (IEB), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah berjaya menganjurkan IEB Talk Session 15 bertajuk: “Powering Climate Solutions: Malaysia’s Energy Efficiency Journey under EECA 2024”
Program ini telah menerima penyertaan seramai 52 orang peserta dari Malaysia, Indonesia dan Pakistan, yang terdiri daripada wakil institusi pengajian tinggi serta pihak industri.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Assoc. Prof. Dr. Zarina Ab Muis, Pengarah, Process Systems Engineering Centre (PROSPECT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dengan Ts. Dr. Nozieana Khairuddin, Ketua Laboratori Etnik Borneo, IEB UPMS sebagai moderator.
Sepanjang sesi, peserta telah didedahkan kepada perkembangan perjalanan kecekapan tenaga di Malaysia serta peranan Energy Efficiency and Conservation Act 2024 (EECA 2024) dalam menyokong penyelesaian perubahan iklim dan memperkukuh agenda kelestarian negara.
IEB UPMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah jemputan, moderator dan semua peserta atas penyertaan serta sokongan dalam menjayakan program ini.
Terima kasih dan jumpa lagi dalam siri IEB Talk Session yang akan datang!
Date of Input: 17/08/2026 |
Updated: 17/08/2026 | lanz
MEDIA SHARING