Sesi IEB Talk Session 8 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 September 2025, menghimpunkan lebih 60 peserta dari UPMS, UNIMAS, Sarawak Biodiversity Centre serta pihak industri.
Dua penceramah jemputan antarabangsa berkongsi perspektif global dan solusi berinovasi:
- Dr. Natália Čeryová (Slovak University of Agriculture, Nitra) – “Valorization of Grape Processing By-Products and Their Use in Innovative Foods”, menekankan potensi sisa agro-makanan sebagai produk inovatif bernilai tambah.
- Dr. Florence Jong Mui Choo (Tsinghua Shenzhen International Graduate School, China) – “Microplastics at the Interface: Estuarine Convergence, Benthic Biofilms and Co-Pollutants Driven Impact”, membincangkan cabaran pencemaran mikroplastik terhadap ekosistem akuatik.
Program ini bukan sahaja memperluas pemahaman peserta tentang cabaran mikroplastik, biofilem dan sistem makanan lestari, malah turut membuka ruang kepada idea penyelidikan serta inovasi hijau yang menyumbang kepada agenda kelestarian global.
Date of Input: 30/09/2025 |
Updated: 30/09/2025 | lanz
MEDIA SHARING