Pada 24 Jun 2024, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah mengadakan FKPS Postgraduate Colloquium SPS6903/SPS5903 2024-1. Program ini telah berlangsung secara dalam talian yang dihadiri lebih kurang 60 orang, terdiri daripada pelajar siswazah dan pensyarah FKPS.
Selain bertujuan memberi platform kepada pelajar yang telah mendaftar kursus SPS6903/SPS5903 untuk membentang cadangan penyelidikan, pelajar siswazah memperolehi nilai tambah melalui input dan cadangan diberikan oleh Pensyarah FKPS mengikut bidang masing-masing untuk menambahbaik kualiti penyelidikan.
Turut hadir bersama dalam kolokium ini Dekan Fakulti, Prof. Madya Ts. Dr. Wong Tze Jin dan pengurusan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains. Kolokium 2024-1 adalah komitmen FKPS UPMKB dalam memupuk bakat penyelidikan dalam pelbagai bidang pengajian di kalangan pelajar siswazah.
Date of Input: 02/07/2024 |
Updated: 02/07/2024 | lanz
MEDIA SHARING