INSTITUT EKOSAINS BORNEO (IEB) DAN SAMLING GROUP OF COMPANIES BINCANG PELUANG KERJASAMA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » INSTITUT EKOSAINS BORNEO (IEB) DAN SAMLING GROUP OF COMPANIES BINCANG PELUANG KERJASAMA

INSTITUT EKOSAINS BORNEO (IEB) DAN SAMLING GROUP OF COMPANIES BINCANG PELUANG KERJASAMA

UPM Sarawak, 8 November – Laboratori Biodiversiti Borneo, Institut Ekosains Borneo (IEB) yang diketuai oleh Dr. Keeren Sundara Rajoo telah mengadakan perbincangan bersama Samling Group of Companies dalam usaha untuk menjalinkan kerjasama erat, membincangkan peluang kerjasama serta memperkenalkan IEB secara amnya.
 
“Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama yang boleh dieksplorasi yang mana akan memberi manfaat kepada kedua belah pihak” ujar Dr. Keeren Sundara Rajoo, Ketua Laboratori Biodiversiti Borneo, Institut Ekosains Borneo UPM Sarawak.
 
Perbincangan ini dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai bidang fokus institut dan memperkenalkan tenaga pakar. Delegasi yang telah hadir adalah:
i. Encik Jason Chieng
Timbalan Pengurus Besar - Sumber Manusia, Samling Group of Companies
ii. Puan Eleanora Chan
Penolong Pengurus- Sumber Manusia, Samling Group of Companies
iii. Encik Wilfred Sedau
Pengurus, Pengurusan Hutan Mampan
iv. Puan Cynthia Debbie John
Eksekutif, Biodiversiti
v. Encik Frazier Anak Parose
Eksekutif Kanan Alam Sekitar
vi. Encik Jerry Bungan
Pengurus Tapak Semaian
vii. Encik Zakaria Haji Hamzah
Pengurus TULEN International Sdn. Bhd
 
Turut hadir meraikan delegasi daripada Samling Group of Companies adalah Dr. Keeren Sundara Rajoo (Ketua Laboratori Biodiversiti, Institut Ekosains Borneo), Encik Philip Lepun (Penyelidik Institut, Institut Ekosains Borneo) dan Puan Zahora Ismail (Pegawai Penyelidik, Institut Ekosains Borneo).
 
Institut Ekosains Borneo amat berharap hasil daripada perbincangan ini dapat membuka peluang kerjasama erat dan memberi manfaat kepada dua belah pihak.
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 11/11/2024 | Updated: 11/11/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/5:5:12:54~noCache