INNER MONGOLIA - Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) terus mengorak langkah memperkukuh jaringan kerjasama dalam menjalinkan hubungan dengan universiti-universiti di Inner Mongolia.
Antara universiti yang terlibat adalah Vocational and Technical College of Inner Mongolia Agricultural University, Baotou Teachers' College dan Baotou Iron and Steel Vocational Technical College.
Delegasi UPMKB yang diketuai oleh Dekan FKPS, Prof. Madya Ts. Dr. Wong Tze Jin telah diberi penghormatan menerima plat International Friendship dari Vocational and Technical College of Inner Mongolia Agricultural University.
“Plat ini merupakan simbolik kerjasama strategik antara UPMKB dengan Vocational and Technical College of Inner Mongolia Agricultural University dalam bidang akademik, penyelidikan dan program antarabangsa yang lain”, kata Dr. Wong Tze Jin.
Di samping itu, jaringan kerjasama dua hala antara UPMKB dengan Boutou Teachers’ College diperkukuhkan lagi melalui pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU).
Dr. Wong Tze Jin berkata hasil perbincangan bersama universiti-universiti tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan China- Malaysia lecture series 4.0 yang akan dilaksanakan oleh UPMKB dan Vocational and Technical College of Inner Mongolia Agricultural University, jalinan kerjsama penyelidikan dan perancangan mobiliti staf akademik untuk ketiga-tiga universiti tersebut.
“Program-program yang telah dipersetujui ini diharapkan dapat memberi peluang kepada para pensyarah menimba pengalaman antarabangsa di samping meningkatkan keterlihatan UPMKB sebagai sebuah universiti bertaraf antarabangsa”, kata Dr. Wong. Tze Jin.
Delegasi UPMKB yang turut disertai oleh pensyarah kanan FKPS, Dr. Karmilah Abdullah dan pelajar Doktor Falsafah, Ms. Yin Qingxia dibawa melawat fasiliti dan infrastruktur universiti-universiti tersebut bagi melihat kemudahan penyelidikan dan pembelajaran yang ditawarkan.
Date of Input: 03/10/2024 |
Updated: 03/10/2024 | lanz
MEDIA SHARING