Bintulu, 31 Januari 2025, pasukan sukarelawan Jiwa PUTRA daripada staf Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) turun padang membantu pembersihan kawasan yang terjejas akibat banjir.
Fokus utama operasi kali ini adalah membersihkan kawasan perumahan staf di Flat Putra Permai, UPMKB yang terkesan teruk selepas banjir melanda.
Dengan semangat gotong-royong dan keprihatinan tinggi, para sukarelawan berganding bahu membersihkan kediaman, mengalihkan sisa banjir, serta memastikan persekitaran kembali selesa untuk didiami. Inisiatif ini bukan sekadar bantuan fizikal tetapi juga suntikan semangat buat mereka yang terjejas.
UPMKB berbangga dengan dedikasi dan jiwa prihatin warga kampus dalam membantu komuniti sekeliling. Terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga dan masa.
Date of Input: 04/02/2025 |
Updated: 04/02/2025 | lanz
MEDIA SHARING