BINTULU, 8 JUN 2024 – Dalam usaha memelihara keindahan alam semula jadi dan meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan laut, Kelab AgriAqua, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) bersama Polis Marin Wilayah Lima Bintulu telah mengadakan Program Pembersihan Pantai 3.0 bertempat di Jepak, Bintulu pada 8 Jun 2024, bersempena dengan Hari Laut Sedunia.
Maljis perasmian ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri N.67 Jepak, YB Iskandar Turkee, Prof. Madya Dr. Noorasmah Binti Saupi, Dekan Fakulti Sains Pertanian Dan Perhutanan, UPMKB, serta ASP Douglas Suai Anak Dimbap, Pengawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin PDRM, Bintulu.
“Program ini melibatkan seramai 30 pelajar UPMKB dan 20 anggota Polis Marin. Usaha kolaboratif ini bukan sahaja menekankan pemeliharaan laut dan sungai tetapi juga memberikan pelajar pandangan berharga mengenai keselamatan air dan pelbagai peranan Polis Marin.” Kata Azim Nazihan Bin Salimin, Pengarah Program Pembersihan Pantai 3.0.
“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang berhormat DUN N67 Jepak, YB Iskandar Turkee yang telah menberikan tajaan penuh bagi menjayakan program ini. Sokongan penuh daripada wakil rakyat, warga UPMKB dan anggota Polis Marin adalah tanda kejayaan bagi program ini.” Kata Mohd. Azreen Kushairi, Presiden Kelab AgriAqua.
Ts. Dr. Tan Toh Hii, Penasihat Kelab Agriaqua menjelaskan “Program ini diadakan bersempena Hari Laut Sedunia adalah untuk menarik perhatian dan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat terhadap kepentingan menjaga kebersihan perairan. Program pembersihan sampah hanya dapat merawat gejala tetapi bukan menyelesaikan masalah dari punca akar.”
Pencapaian dan kejayaan Program Pembersihan Pantai 3.0 adalah terhad jika tiada kerjasama dari masyarakat setempat. Bersama-sama kita cintai sungai dan laut kita.
Date of Input: 19/06/2024 |
Updated: 19/06/2024 | lanz
MEDIA SHARING