Bintulu: Kelab MSAE-SC UPM Kampus Bintulu Sarawak menyerlah apabila sembilan orang pelajar Diploma Kejuruteraan Teknologi Pertanian (DKTP) berjaya membawa pulang dua pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa dalam Pertandingan Exhibition for Young Agricultural & Food Engineers Technology dan Amazing Race di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 10 hingga 16 Mei 2024.
Pertandingan tersebut bersempena program “10th Southeast Asian Agricultural and Food Engineering Student Chapter Annual Regional Convention (ARC2024). Sembilan pelajar tersebut terdiri daripada Wan Amrin Aniq Wan Abu Manshor, Akmal Mirza Asbanizam, Fazrul Aiman Zainon, Nur Naziirah Batrishia Mokhlis, Nur Hurin Husna Rafiee, Nora Aniza Riduan, Yohanes Laing Zakaria, Tan Yu Xian dan Simon Merinding.
Mereka berada di bawah bimbingan penasihat kelab MSAE-SC UPMKB, Dr. Nor Hanifawati Binti Inai dan pensyarah Jabatan Sains dan Teknologi UPMKB Gs. Dr. Hajjah Wan Nor Zanariah Zainol @ Abdullah dan Ts. Dr. Nozieana Khairuddin.
Pertandingan tersebut turut disertai oleh para pelajar dari Indonesia (Universitas Brawijaya, Universitas Gadjah Mada, Universitas Andalas, Universitas Mataram, Universitas Hasanuddin), Thailand (Suranaree University of Technology dan Maejo University) serta beberapa universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan (UPM Serdang dan UPM Kampus Bintulu, Universiti Malaysia Perlis, Institut Kemahiran Tinggi PERDA, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin, UITM Jasin, UITM Arau, Politeknik Kota Bharu dan Politeknik Jeli).
Program selama enam hari tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar berlatar belakang jurusan kejuruteraan pertanian dari negara-negara Asean bertukar pengalaman dan pendapat dalam bidang terbabit. Kepelbagaian penyertaan ini diharap dapat membuka ruang bagi para peserta untuk menimba pengalaman baharu dan menjalin hubungan baik sesama bakal jurutera pertanian di negara Asean.
Date of Input: 16/05/2024 |
Updated: 16/05/2024 | lanz
MEDIA SHARING