KELAB PENYAYANG UPMKB TERLIBAT AKTIF GOTONG-ROYONG KPM 2.0 BERSAMA PIBG DAN KOMUNITI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KELAB PENYAYANG UPMKB TERLIBAT AKTIF GOTONG-ROYONG KPM 2.0 BERSAMA PIBG DAN KOMUNITI

KELAB PENYAYANG UPMKB TERLIBAT AKTIF GOTONG-ROYONG KPM 2.0 BERSAMA PIBG DAN KOMUNITI

BINTULU, 22 Jun - Kelab Penyayang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah berjaya menyertai program gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Asyakirin di Bintulu, Sarawak. Program ini bertujuan untuk memperbaiki fasiliti sekolah dan memupuk semangat gotong-royong dalam kalangan komuniti setempat.
 
Seramai 15 orang ahli Kelab Penyayang UPMKB turut serta dalam program ini yang berlangsung pada Sabtu lepas. Mereka bekerjasama dengan ibu bapa murid serta komuniti setempat untuk membersihkan kawasan sekolah, mengecat, dan melakukan kerja-kerja pembaikan kecil di sekitar sekolah.
 
Menurut Timbalan Presiden Kelab Penyayang UPMKB, Saudara Muhamad Solihin bin Jasmi penyertaan mereka dalam program ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara universiti dan komuniti sekitarnya. "Kami sangat berbesar hati dapat turut serta dalam aktiviti gotong-royong bersama PIBG SK Asyakirin. Ini adalah peluang yang baik bagi ahli kelab kami untuk berkhidmat kepada masyarakat tempatan serta mengambil bahagian dalam aktiviti yang membina semangat gotong-royong," katanya.
 
Guru besar SK Asyakirin, Puan Arbah binti Tusin mengalu-alukan kerjasama dari semua pihak dan komuniti untuk sama-sama berganding bahu dalam program-program yang dilaksanakan di sekolah. Sementara itu,Yang diPertua PIBG SK Asyakirin, Encik Muhaimin bin Dahian, menyambut baik penyertaan Kelab penyayang UPMKB dalam program tersebut. Beliau menganggap kersama ini sebagai contoh yang baik dalam memupuk semangat gotong-royong di kalangan generasi muda dan membawa manfaat yang besar kepada sekolah dan komuniti setempat.
 
Program gotong-royong ini turut dihadiri oleh Pentadbir Sk Asyakirin, Pengetua Kolej Sri Rajang UPMKB serta beberapa wakil agensi yang turut menyumbangkan tenaga serta sumber untuk menjamin kejayaan program tersebut. Diharapkan semua penyertaan seperti ini dapat terus dijalankan dengan berkesan untuk manfaar bersama.
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 24/06/2024 | Updated: 24/06/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/6:8:46:32~noCache