KOLEJ SRI RAJANG LANTIK MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ 2024/2025 YANG BAHARU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KOLEJ SRI RAJANG LANTIK MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ 2024/2025 YANG BAHARU

KOLEJ SRI RAJANG LANTIK MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ 2024/2025 YANG BAHARU

Kolej Sri Rajang telah menerima 40 orang kepimpinan pelajar yang baharu pada Majlis Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Kolej yang disempurnakan oleh YM Dr Tengku Sharifah Marliza Tengku Azmi, yang merupakan Pengetua Kolej Sri Rajang.
 
Pada majlis watikah pelantikan tersebut, YM Dr Tengku Sharifah Marliza Tengku Azmi telah berpesan agar kepimpinan yang baharu perlu memastikan setiap aktiviti dan program yang dirancang adalah selaras dengan visi dan misi universiti dan kolej serta selaras dengan hasrat Naib Canselor supaya mencapai "true north" universiti.
 
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa Majlis Perwakilan Kolej sesi 2023/2024 yang banyak menyumbang bakti, terutama dalam melaksanakan 42 program dan aktiviti berimpak tinggi di peringkat komuniti, kebangsaan, dan antarabangsa. Pada sesi kali ini, Saudari Nadzirah binti Muaish telah dilantik sebagai Presiden Majlis Perwakilan Kolej yang baharu untuk sesi akademik 2024/2025.

Date of Input: 09/07/2024 | Updated: 09/07/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:18:14:24~noCache