Bintulu, 23 Ogos 2024 - Kemudahan katil kayu dan tilam terpakai di blok kediaman Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) disumbangkan kepada salah Sebuah Sekolah Kritikal di Bintulu, iaitu Sekolah Kebangsaan Hermanus Assan, Sebauh, Bintulu.
Sebanyak 60 unit katil dan 60 unit tilam telah diserahkan kepada En. Ibrahim Bin Setok selaku Guru Besar oleh Pengetua Kolej Sri Rajang iaitu YM Dr. Tengku Sh. Marliza Tengku Azmi pada 23 Ogos 2024 di blok kediaman Kolej Sri Rajang. Aktiviti sumbangan CSR Kolej Sri Rajang ini telah menjadi rutin sebelum ini iaitu sumbangan telah diberikan kepada beberapa buah sekolah-sekolah daif dan kritikal di sekitar Bintulu, termasuk sumbangan kepada beberapa buah rumah Panjang yang telah terbakar dan memerlukan kemudahan katil dan tilam.
UPM berharap dengan adanya sumbangan ini dapat memberi keselesaan pelajar-pelajar di sekolah berkenaan. Hadir sama En. Nor Azlan bin Ab Samad Penolong Kanan Kokurikulum SK Hermanus Assan dan Puan Rosidah Basir Penolong Pendaftar Kanan Kolej Sri Rajang, UPMKB.
Date of Input: 23/08/2024 | Updated: 23/08/2024 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia