KUNJUNGAN HORMAT KUUB KE KEMENTERIAN PENDIDIKAN, INOVASI DAN PEMBANGUNAN BAKAT SARAWAK (MEITD) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KUNJUNGAN HORMAT KUUB KE KEMENTERIAN PENDIDIKAN, INOVASI DAN PEMBANGUNAN BAKAT SARAWAK (MEITD)

KUNJUNGAN HORMAT KUUB KE KEMENTERIAN PENDIDIKAN, INOVASI DAN PEMBANGUNAN BAKAT SARAWAK (MEITD)

Kuching - 9 Julai 2024, telah diadakan satu lawatan kunjungan hormat delegasi Sekretariat Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) ke Pejabat Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak. Lawatan kunjungan hormat ini bertujuan untuk membentangkan hala tuju strategik UPMKB dalam memperkasakan pembangunan pendidikan tinggi Sarawak bersama Setiausaha Tetap MEITD yang baharu sahaja dilantik, Yang Berusaha Tuan Haji Adana bin Haji Jed.
 
Sesi perbincangan tersebut juga membincangan hala tuju KUUB dan MEITD dalam agenda pendidikan tinggi di rantau Borneo serta pelan penubuhan Fakulti Veterinar UPMKB. Pihak MEITD telah menyatakan sokongan penuh kepada pihak UPMKB dalam memantapkan lagi usaha memperkasakan kualiti dan keperluan pendidikan tinggi di Sarawak dan juga Borneo.
 
Delegasi KUUB diketuai oleh Pengarah Kampus UPMKB, YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini (Pengerusi Pengasas KUUB), dan turut diwakili oleh Encik Noor Hakim Ahmad (Ketua Pentadbiran UPMKB merangkap Ketua Kluster Pendidikan Sekretariat KUUB) dan Tuan Haji Fakhzan Haji Buang (Ketua Sekretariat Kehormat KUUB).
 
Manakala pihak MEITD pula diwakili Yang Berusaha Tuan Haji Adana Haji Jed (Setiausaha Tetap MEITD), En Donald Henry Nohed (Ketua Bahagian Pendidikan Rendah) dan Puan Elvy Alfisa Binti Jamadi (Ketua Seksyen Pendidikan Tinggi).
 

 

Date of Input: 15/07/2024 | Updated: 15/07/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/6:16:15:26~noCache