KUNJUNGAN HORMAT KUUB PERKUKUH JALINAN KERJASAMA BERSAMA UMS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KUNJUNGAN HORMAT KUUB PERKUKUH JALINAN KERJASAMA BERSAMA UMS

KUNJUNGAN HORMAT KUUB PERKUKUH JALINAN KERJASAMA BERSAMA UMS

Kota Kinabalu, 18 Ogos 2025 – KUUB telah mengadakan lawatan kerja rasmi sekaligus membincangkan dua agenda utama yang berlangsung pada hari ini, iaitu:
 
✨ Kunjungan Hormat dan Perbincangan Sekretariat KUUB ke Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS)
✨ Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran bersama International Conference on Borneo Sustainability (ICBS 2025)
 
KUUB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UMS atas sambutan mesra serta kesudian menjadi tuan rumah persidangan tersebut.
 
Kunjungan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan strategik antara KUUB dan UMS, malah membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam memperjuangkan agenda kelestarian serta pembangunan pendidikan tinggi serantau.
 
Dengan semangat “Borneo Bermartabat”, KUUB komited untuk terus menjalin kerjasama erat demi kecemerlangan bersama dan kemajuan Borneo yang berdaya saing di persada antarabangsa.
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 19/08/2025 | Updated: 19/08/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (05:14:05pm-05:19:05pm, 19 Aug 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]