KUUB PERKUKUH JALINAN BERSAMA SIDMA COLLEGE SABAH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » KUUB PERKUKUH JALINAN BERSAMA SIDMA COLLEGE SABAH

KUUB PERKUKUH JALINAN BERSAMA SIDMA COLLEGE SABAH

KOTA KINABALU, Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) telah mengadakan kunjungan hormat ke SIDMA COLLEGE SABAH dalam usaha memperkukuh hubungan strategik dan memperluas jaringan kerjasama pendidikan tinggi di rantau Borneo.
 
Kehadiran Pengerusi dan Sekretariat Tetap KUUB disambut mesra oleh YBhg. Prof. Dr Morni Kambrie, Pengasas dan Pengerusi SIDMA COLLEGE SABAH.
 
Kunjungan ini menjadi platform penting bagi membincangkan pelbagai peluang kolaborasi dalam bidang akademik, penyelidikan, pertukaran pelajar, serta program pembangunan komuniti yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat serantau.
 
Pihak SIDMA COLLEGE SABAH turut berkongsi aspirasi untuk menjadikan Borneo sebagai hab pendidikan tinggi serantau yang mampan dan berdaya saing.
 
Pertemuan ini diharapkan mampu membuka lembaran baharu ke arah membina ekosistem pendidikan inklusif, progresif, dan berpaksikan masa depan generasi muda Borneo.
 
“Borneo Bermartabat”
 
Foto Kredit: SIDMA COLLEGE SABAH
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 19/09/2025 | Updated: 19/09/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (03:29:04pm-03:34:04pm, 21 Sep 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]