Bintulu, Majlis Apresiasi Pascanilai Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Kali Ke-48 (Sidang 1) telah berlangsung dengan jayanya pada 25 November 2024, bertempat di Dewan Sidang, UPMKB dari pukul 12.30 tengah hari hingga 2.45 petang.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg Prof. Sharul Razid Sarbini, Pengarah Kampus, bersama barisan ahli Pengurusan Universiti serta semua Jawatankuasa Pengelola yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-48 (Sidang 1) yang berlangsung pada 2-3 November 2024.
Pihak Urusetia merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen yang tinggi serta sumbangan tenaga dan usaha bagi menjayakan majlis ini.
Date of Input: 27/11/2024 |
Updated: 27/11/2024 | lanz
MEDIA SHARING