Dimaklumkan bahawa pada 4 Mac 2025, Majlis Perwakilan Kolej Sri Rajang Sesi Akademik 2024/2025 telah menganjurkan Majlis Juh! Sungkei Bersama Naib Canselor UPM yang dihadiri oleh 500 pelajar serta tetamu kehormat, termasuk YBhg. Dato' Naib Canselor UPM, YBhg. TNC HEPA, YBhg. Pengarah Kampus UPMKB, YBrs. Prof. Dr. Aminuddin, YBrs. Pengerusi Jemaah Pengetua, Raja Muhammad Muzamir bin Raja Mahadi, YM Dr. Tengku Azmi, serta barisan pengurusan dan pemimpin pelajar UPM.
Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Naib Canselor UPM. Dalam tazkirah beliau, Dato' VC menekankan kepentingan bulan Ramadhan sebagai bulan yang penuh keberkatan, serta mengingatkan semua untuk mempereratkan silaturahim dan berkongsi rezeki. Seterusnya, program diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah, yang diikuti dengan jamuan berbuka puasa bersama-sama. Ini memberikan kesempatan kepada semua untuk menikmati hidangan sambil berbincang dan berkongsi pengalaman.
Selepas berbuka, hadirin menunaikan solat Isyak dan meneruskan dengan solat Tarawih berjemaah, yang berlangsung dalam suasana khusyuk dan penuh keberkatan. Program berakhir dengan moreh, dimana para pelajar dihidangkan bubur kacang serta roti gardenia.
Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan silaturahim antara pelajar, staf, dan pihak pengurusan UPM, serta meningkatkan kefahaman mengenai nilai-nilai murni bulan Ramadhan, terutamanya amalan berkongsi rezeki dan memperkukuh hubungan dalam komuniti universiti. Program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kekeluargaan di kalangan seluruh warga UPM, dengan harapan ia dapat diteruskan sebagai tradisi pada masa akan datang.
Date of Input: 07/03/2025 |
Updated: 07/03/2025 | lanz
MEDIA SHARING