Pada 16 Ogos 2025 Sabtu yang lalu, telah berlansung Majlis Makan Malam UPM Sarawak “Simpulan Kasih Bertaut Kenangan UPMKB” yang diadakan di Ballroom Imperial Hotel, Bintulu dengan tema “Glam, Glitz & Elegant”. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Iskandar Turkee, Ahli Dewan Undangan Negeri N67, Jepak yang juga merupakan mantan staf UPMKB dan Alumni UPM.
Majlis Makan Malam UPM Sarawak “Simpulan Kasih Bertaut Kenangan UPMKB” telah dianjurkan sebagai salah satu usaha untuk meraikan pertukaran nama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) kepada UPM Sarawak. Program ini bertujuan untuk menghimpunkan warga kampus dalam suasana mesra, selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kebersamaan warga universiti.
Majlis yang menghimpunkan seramai 390 orang tetamu terdiri daripada warga Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Mantan Provos UPMKB, Mantan staf UPMKB, Alumni UPMKB, ahli keluarga staf dan orang luar UPMS. Majlis ini dianjurkan oleh Bahagian Kewangan, UPMS dengan Kerjasama Kolej Sri Rajang turut dibantu oleh staf dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (UPMS), Pejabat Pendaftar (UPMS), Pusat Strategi dan Perhubungan Koprat (UPMS), Pejabat Pengurusan Pelajar (UPMS) dan Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan (UPMS).
Sebanyak 109 hadiah cabutan bertuah telah berjaya diedarkan kepada semua tetamu yang hadir pada malam itu. Ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua pemberi sumbangan hadiah cabutan bertuah terdiri daripada staf UPM Sarawak dan orang luar yang telah memeriahkan majlis pada malam tersebut.
Secara keseluruhannya, Majlis Makan Malam UPM Sarawak “Simpulan Kasih Bertaut Kenangan UPMKB” telah mencapai objektif penganjuran dan berjalan dengan lancar. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, kebersamaan serta meningkatkan semangat warga universiti dalam mendukung kecemerlangan UPM Sarawak.
Date of Input: 19/08/2025 |
Updated: 19/08/2025 | lanz
MEDIA SHARING