Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), UPM telah mengadakan Mesyuarat FSPH Ke-14 pada 4 Mac 2025 yang lalu. Mesyuarat tersebut telah dihadiri dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM.
Mesyuarat ini menjadi platform bagi YBhg. Dato’ Naib Canselor untuk menyampaikan amanat beliau kepada warga fakulti dalam mencapai visi dan misi UPM sejajar dengan hala tuju strategik UPM dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan, dan inovasi dalam bidang tujahan FSPH iaitu pertanian dan perhutanan
Mesyuarat ini turut menjadi medan kepada YBhg. Dato’ Naib Canselor untuk berkongsi tentang Blueprint Keterjaminan Makanan dalam usaha untuk meningkatkan sumbangan UPM kepada keterjaminan makanan di peringkat negara dan juga global, di samping meningkatkan kapasiti UPM dalam memajukan inovasi dan penyelidikan yang berimpak terhadap keterjaminan makanan di Malaysia.
Ahli fakulti juga telah mengambil kesempatan semasa mesyuarat ini untuk berkongsi dan menyuarakan pandangan, isu serta peluang penambahbaikan di FSPH khasnya dan UPM amnya. Semoga segala hasil dan perancangan daripada Mesyuarat FSPH ini dapat direalisasikan dengan jayanya, sekaligus dapat membantu dalam memperkukuh kedudukan UPM sebagai peneraju dalam bidang pertanian dan perhutanan di peringkat negara serta global.
Date of Input: 24/03/2025 |
Updated: 24/03/2025 | lanz
MEDIA SHARING