PAMERAN ANATOMI HAIWAN MERIAHKAN PERPUSTAKAAN UPMS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » PAMERAN ANATOMI HAIWAN MERIAHKAN PERPUSTAKAAN UPMS

PAMERAN ANATOMI HAIWAN MERIAHKAN PERPUSTAKAAN UPMS

Bintulu : Perpustakaan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah menganjurkan Pameran Anatomi Haiwan yang berlangsung dengan jayanya bermula 23 Jun 2025 hingga 22 Ogos 2025 bertempat di ruang legar perpustakaan. Pameran ini diadakan untuk menambah pengetahuan warga kampus mengenai struktur dan fungsi anatomi haiwan.
 
Antara aktiviti pengisian program yang disediakan sepanjang pameran termasuklah pameran rangka haiwan, pertandingan teka berat kucing, pertandingan mewarna (kategori staf), serta pertandingan teka bilangan haiwan dalam poster. Aktiviti-aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga universiti.
 
Kesemua pertandingan telah berjaya dilaksanakan pada 17 Julai 2025, mendapat sambutan menggalakkan daripada staf dan pelajar. Program ini bukan sahaja memberi nilai tambah dari aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan, malah turut memupuk semangat kerjasama serta kreativiti dalam kalangan peserta.
 
Perpustakaan UPMS mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pameran ini dan berharap penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 08/08/2025 | Updated: 08/08/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (06:23:59am-06:28:59am, 17 Aug 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]